Sunday, January 01, 2012

Sayang mama

Sayang mama,

maafkan mama kalau mama tidak terdaya untuk memberikan sepenuh perhatian kepadamu. Itu adalah kelemahan mama sendiri. Terima kasih kerana meningatkan mama tentang kekurangan itu. Mama akan cuba memperbaiki diri. Semuga Allah memberikan kita lebih kebahagiaaan di tahun ini. Semuga Allah melindungi kita and tunjukkan kita ke jalan yang lurus dan diredhainya. Mission kita untuk tahun ini adalah lebih mendekatkan diri kepadaNya kerana hidup kita adalah bersandar kepadaNya. Hidup yang terlalu singkat ini dengan ujian diberi oleh Nya tidak perlu kita sia-siakan lagi.

Mama berdoa agar Allah memberi kita kekuatan untuk melalui perjalanan hidup ini.

Terasa kekok untuk jari jemari mama menaip disini setelah sekian lama menyepi dari dunia ini. Mungkin ini adalah tempat terbaik untuk mama mencurahkan rahsia hati agar ianya terlepas dari pendaman dalam hati.

Untuk sayang mama

1 Jan 2012 11:47 am