Sunday, September 13, 2009

4th Anniversary & Eid Mubarak

It has been 4 years since I first blogged. Time flies…

Surely I will continue … with Anggerik Merah as long as my fingers still able to knock-knock the keyboard. And this space is my space whenever I feel like writing on anything I feel like to write… the fun, the good, the bad and the ugly side of story… But mainly about my story…

This weekend was a bit of lonely weekend for my little family. Big man went back to hometown for his freelance work & meeting since Friday night. Leaving me with lil man… We both miss him and his home cook. This home misses one energy and loudness of rattling, laughing, quarrelling as part of day to day life. I wonder how they both feel whenever I was away…

Eid is coming soon… hati dan perasaan saya masih diawang-awangan… seperti tergantung diantara akan menghilangnya Ramadhan dan akan menjelmanya Syawal… Kegembiraan menyambut Syawal tidak seperti masa-masa yang lalu sewaktu muda… Entahlah…

Untuk semua rakan – rakan bloggers yang mengenali saya sebagai Anggerik Merah atau pun secara peribadi, ingin saya menyusun jari sepuluh ini memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seandainya ada salah silap dan keterlanjuran bahasa dan ungkapan dari saya. Sebagai manusia biasa saya selalu membuat kesilapan. Semuga hati ini bersih dari dosa-dosa yang lalu.

Selamat menyambut Syawal dengan penuh kegembiraan dan selamat sampai ke kampung halaman..

Salam kasih sayang untuk semua…

Anggerik merah
September 13, 2009
9:45 am

Sunday, September 06, 2009

Yang pergi

Dalam masa seminggu dah 2 orang saudara mara di kampung telah dipanggil oleh NYA. Kedua-duanya pergi dengan tiada meninggalkan tanda-tanda yang mendadak untuk pergi . Innalillah... semuga Allah meletakkan mereka di dalam golongan orang yang beriman. AMIN.

Anggerik merah
4:05 pm
September 6, 2009

Saturday, September 05, 2009

Mencari motivasi

Motivasi sangat penting dalam hidup saya. Saya perlukan motivasi yang amat tinggi untuk melakukan sesuatu supaya saya boleh pergi "all out for it". Semasa menjadi pilot case interviewee memang consultant british tu dapat pick-up strong karaktor saya..highly motivated, self driven etc etc.. keputusan interview memang match dengan soalan tulisan sebelum interview...

Disebabkan saya naturally berperangai begitu...setelah jatuh saya terpaksa mencari butang hijau kembali supaya saya dapat semula kekuatan itu..

Semalam saya godek2 diopis saya informasi berkenaan dengan Emotional Spiritual Quotients (ESQ) training (http://esq.com.my/v1/ )yang telah saya cadangkan dan di persetujui sebagai salah satu training yang saya akan pergi untuk tahun ini. Saya kontek organiser dan uruskan untuk mendapat kelulusan dari organisasi. Insyaallah pertengahan bulan depan saya plan untuk mengikuti training ini. Mengikut kata kawan2 yang terdahulu pergi, training ini adalah lain dari yang lain. Saya juga ingin melaluinya supaya saya dapat memperkemaskan leadership saya yang mengabungi intellectual, emotional dan spiritual.

Agaknya saya masih lagi tercari-cari role model dalam hidup saya walaupun saya dah tua... sesuatu yang dapat terus melekat dihati saya supaya saya tak gentar menghadapi kegagalan walau dalam bentuk apa pun.. Lebih pasrah dah redha dengan ketentuan Ilahi. Bukan senang nak membentuk hati. Kadang-kadang kekal dan kadang-kadang hanyut dalam material world ini..

Saya mengambil beberapa ketika mendengar feedback dari alumni ESQ dalm website itu. Sangat memberangsangkan...tetapi seharusnya ia terus dapat dikekalkan walaupun selepas melalui training itu. Saya berharap begitu untuk diri saya. Lagu "A hero lies in you" menyentuh hati saya...

Didalam blog ini banyak saya memperkatakan tentang diri saya kerana ini adalah tempat untuk saya meluahkan isi otak supaya saya dapat menyusun kembali negative energy yang ada dalam diri saya. Pada September 13, 2009 nanti dah cukup 4 tahun saya berblog. Masa yang cukup panjang bagi saya... Semuanya bermula semasa saya diperantauan menjalani hidup sebagai pelajar... Sangat penting dapat meluahkan isi otak supaya dapat megisikan dengan ilmu-ilmu yang baru dipelajari...

Saya yang mencari motivasi diri..

Anggerik merah
11:20 am
September 5, 2009


A hero lies in you

Hmm
There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

Oh oooh
Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yeah

Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

That a hero lies in you
Mhhh
That a hero lies in You

Thursday, September 03, 2009

Cuba menulis lagi

Hari ini saya bekerja dari rumah. Beberapa bulan yang lalu saya telah berbincang dengan bos saya untuk bekerja dari rumah pasa hari hari tertentu bagi menyiapkan pembetulan thesis saya yang terbengkalai. Bos saya bersetuju dengan cadangan saya. Sekiranya ada mesyuarat yang penting saya akan pergi ke pejabat. Dengan sikap saya yang selalu memberikan 150% commitment untuk tugas, memang sukar bagi saya untuk kembali focus pada pembetulan thesis. Saya selalu mengingatkan diri saya atau cuba memotivasikan diri saya dengan berkata “tiada yang lain lebih penting kecuali thesis saya yang utama…“ Lebih kurang begitulah saya cuba psycho pemikiran saya. Tapi akhirnya saya masih tak dapat memberi tumpuan penuh… Saya lemah dan kesal..

Hari ini saya telah mencadangkan kepada pihak pengurusan untuk saya tarik diri dari memegang peranan dalam salah satu working group yang saya rasa saya sudah memberi yang terbaik selepas hampir dua tahun didalam working group itu. Saya harus melakukan ini kerana semakin banyak beban tugas yang telah diberikan kepada saya yang mana tanggungjawapnya lebih berat untuk melaksanakan. Satu working group saya tinggalkan, ada beberapa yang datang menyusul untuk saya…

Mungkin kerana saya sudah banyak memainkan peranan dan menampakkan diri saya semula di dalam organisasi. Saya cuba untuk jadi “low profile” untuk beberapa ketika tetapi lama-kelamaan saya kembali sebagai saya yang dulu… suka berdialog, memberi idea dan pendapat… Sekarang saya terpaksa belajar mengawal diri dari banyak bercakap kerana saya tahu tak semua warga organisasi suka berdialog, open-minded dan berhujah untuk merealasasikan sesuatu matlamat. Jadi, saya harus lebih berhati-hati walaupun saya tahu itu bukan cara yang effektif bagi saya…

Saya masih belajar bagaimana untuk balance work and life. Kadang2 saya berjaya tapi kadang-kadang tak berjaya. Saya yang suka menyelesaikan pekerjaan secepat mungkin apabila tugas & tanggungjawap diberikan seperti hari esok sudah tiada… ini yang saya harus balance kembali. Semenjak beberapa bulan yang lalu saya sudah hadkan masa saya bekerja. Saya mahu menumpukan masa yang lebih untuk hal-hal lain yang lebih penting dalam hidup. Semuga Ramadhan ini memberi saya peluang untuk lebih focus kepada erti kehidupan yang sebenar.

Saya yang cuba menulis lagi…


Gambar hiasan diambil sewaktu di Habtoor Resort & Spa, Jumeirah Road , Dubai

pix 1: outside Thai Restaurant
pix 2: spa toilet
pix 3: table in Thai restaurant

Anggerikmerah
Sep 3, 2009
4:40 pm

Tuesday, September 01, 2009

Harga jari jemari

Jari jemari sangatlah berharga bagi saya. Juga semua anggota badan yang Allah pinjamkan. Semenjak saya didiagnose "fibromyalgia" yang telah bermula dari masaalah jari jemari saya, saya terpaksa mengawal kekerapan menggunakan jari jemari saya. Ini termasuklah berinternet, blogging dan juga kerja2 di pejabat saya yang memerlukan banyak ketuk mengetuk keyboard. Mungkin selama ini saya kurang memberi perhatian kepada betapa berharganya setiap anggota badan yang dipinjamkan. Satu peringatan untuk saya supaya bersyukur keatas segala pemberian dari Allah.

Kebelakangan ini saya kurang untuk menulis and menaip. Banyak bercakap, berdialog, memberi inspirasi kepada kawan2 di pejabat terutama yang masih muda untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembangkan perjalanan career yang mereka pilih. Itu sumbangan yang dapat saya berikan.

Untuk keluarga saya, lebih banyak masa saya peruntukkan dengan lil man dan big man. Mereka adalah semangat hidup saya.

Selamat berbuka puasa untuk semua..

Anggerikmerah
Sept 1, 2009
5:22 pm