Monday, October 29, 2007

Post raya ...

Untuk semua,

terima kasih diatas ucapan hari raya. Maafkan saya tak dapat reply satu-satu. Tak sempat nak berinternet kebelakangan ni.

Seminggu saya beraya dikampung. Kemeriahan and kesibukan kunjung mengunjung sehingga tidak berkesempatan untuk berinternet. Lagipun dirumah dikampung tak ada sambungan internet.

Setelah pulang ke KL, masuk ke pejabat...terus ke workshop sana sini. Sekarang ni dah keluar negara pulak. Tapi tak jauh. Hanya 2 jam penerbangan. Termiss lagi raya gathering bersama kawan-kawan di KL disebabkan kena travel masa hari minggu.

Semalam makan di restoran Sari Kuring bersama kawan serta sepupu. Terlupa nak ambil gambar makanan. Dah habis makan baru ingat. Ni kes lapar sangat. Yang tak tahan disini macetnya. Tapi nasib baik tak kena "macet total". Balik ke hotel, ada internet. Jadi sempat jugak tengok-tengok blog yang dah berabuk ni selepas masuk ke email pejabat. Akan berada sini hampir seminggu. Menghadiri conference juga berinteraksi. Semuga dapat mencari apa yang baru serta bertemu kawan-kawan baru didalam industry ini. Kalau berkesempatan nak jugak pergi spa pada malam hari bila tak ada apa nak buat dihotel. Dah lama tak ke spa.

Oh ya, semasa raya gathering office minggu lepas, ada jugak tolong buat persembahan sketsa SATU HARI DIHARI RAYA. Itupun sangatlah impromtu. Cuma ada setengah jam untuk fikir concept, pilih lagu, cari orang, praktis 2 kali. Terus buat persembahan. Semuanya express. Yang penting nya spirit.

Saya kembali bila berkesempatan.

October 29, 2007

p/s terlalu lembap untuk upload photo. Tunggu balik KL.

Sunday, October 07, 2007

Setulus ucapan

Untuk semua rakan-rakan bloggers,

Ramadhan hampir ke penghujungnya. Bulan yang mengajar kita erti kesabaran, keredhaan, ketabahan....

Izinkan saya menyusun sepuluh jari mengucapkan ampun dan maaf seandainya ada yang tersalah ucapan, terkasar bahasa...diharap jangan simpan didalam hati.

Selamat menyambut hari raya Aidil fitri.

Berhati-hati didalam perjalanan. Semuga selamat sampai ke kampung halaman. Yang diperantauan, semuga bergembira memeriahkan suasana Aidilfitri.

Salam aidilfitri dari,

Anggerik Merah, big man & lil man.
October 7, 2007

Wednesday, October 03, 2007

Tranquility

I had a good sleep in the 12 hours flight. I slept like a baby.

The first time to have iftar with a complete family after 4 years being away. Also having sahur in the morning. With my jetlag I stay up at night and sleep half day during day time.

I am longing for that peace of mind I had experienced last weekend during my stay back at nite in the office. Very calm mind. Tranquility….

Hectic & chaotic life disturb tranquility …

AM