Thursday, September 03, 2009

Cuba menulis lagi

Hari ini saya bekerja dari rumah. Beberapa bulan yang lalu saya telah berbincang dengan bos saya untuk bekerja dari rumah pasa hari hari tertentu bagi menyiapkan pembetulan thesis saya yang terbengkalai. Bos saya bersetuju dengan cadangan saya. Sekiranya ada mesyuarat yang penting saya akan pergi ke pejabat. Dengan sikap saya yang selalu memberikan 150% commitment untuk tugas, memang sukar bagi saya untuk kembali focus pada pembetulan thesis. Saya selalu mengingatkan diri saya atau cuba memotivasikan diri saya dengan berkata “tiada yang lain lebih penting kecuali thesis saya yang utama…“ Lebih kurang begitulah saya cuba psycho pemikiran saya. Tapi akhirnya saya masih tak dapat memberi tumpuan penuh… Saya lemah dan kesal..

Hari ini saya telah mencadangkan kepada pihak pengurusan untuk saya tarik diri dari memegang peranan dalam salah satu working group yang saya rasa saya sudah memberi yang terbaik selepas hampir dua tahun didalam working group itu. Saya harus melakukan ini kerana semakin banyak beban tugas yang telah diberikan kepada saya yang mana tanggungjawapnya lebih berat untuk melaksanakan. Satu working group saya tinggalkan, ada beberapa yang datang menyusul untuk saya…

Mungkin kerana saya sudah banyak memainkan peranan dan menampakkan diri saya semula di dalam organisasi. Saya cuba untuk jadi “low profile” untuk beberapa ketika tetapi lama-kelamaan saya kembali sebagai saya yang dulu… suka berdialog, memberi idea dan pendapat… Sekarang saya terpaksa belajar mengawal diri dari banyak bercakap kerana saya tahu tak semua warga organisasi suka berdialog, open-minded dan berhujah untuk merealasasikan sesuatu matlamat. Jadi, saya harus lebih berhati-hati walaupun saya tahu itu bukan cara yang effektif bagi saya…

Saya masih belajar bagaimana untuk balance work and life. Kadang2 saya berjaya tapi kadang-kadang tak berjaya. Saya yang suka menyelesaikan pekerjaan secepat mungkin apabila tugas & tanggungjawap diberikan seperti hari esok sudah tiada… ini yang saya harus balance kembali. Semenjak beberapa bulan yang lalu saya sudah hadkan masa saya bekerja. Saya mahu menumpukan masa yang lebih untuk hal-hal lain yang lebih penting dalam hidup. Semuga Ramadhan ini memberi saya peluang untuk lebih focus kepada erti kehidupan yang sebenar.

Saya yang cuba menulis lagi…


Gambar hiasan diambil sewaktu di Habtoor Resort & Spa, Jumeirah Road , Dubai

pix 1: outside Thai Restaurant
pix 2: spa toilet
pix 3: table in Thai restaurant

Anggerikmerah
Sep 3, 2009
4:40 pm

10 comments:

D said...

dear,
you can't help being good at what you do, can you? ;) Sometimes we've got to step up and say NO, kan? Tell them, once you get your 'other' job done, then you can give your fullest commitment to your profession! tak gitu?

good luck to you (and me.. huhuhu)

anggerik merah said...

D,

certainly... nowdays many NO come from me..

I need the moral boster to inject that courage again to see the end..

All the best to you too and every prayer I dua for all of us ...dipermudahkan.. Amin.

Anonymous said...

.
wei,jangan give up/

dudaesimboyo

.

Queenie said...

Salam ziarah..
salam kenal...
salam ramadhan...
apa khabar?

anggerik merah said...

QeenJah,

Khabar baik. Terima kasih bertandang. Saya ada bertandang ke rumah Queen. Tapi tak dapat nak tinggal comment.

anggerik merah said...

Dudae,

hehehe... I am pulling back all my energy...no give-up

Queen Of The House said...

Salam AM... good to see you blogging again. I got sucked into Facebook and haven't blogged much lately.
Hope Ramadhan's going well for you and family.

anggerik merah said...

QOTH,

I am lazy with facebook... so keep blogging whenever I have chance.

Wish everthing goes well with you and family.

Bunga Rampai said...

Salam AM,

Usah lemah dan kesal. Cukup baik kalau kita dapat melakukan sesuatu itu dengan niat melakukannya dengan terbaik kerana yang lepas dan masa mendatang adalah sesuatu di luar kawalan kita. DIA lebih mengetahui.

Teruskan menulis di blog. Saya antara yang suka membaca cerita-cerita AM.

Moga berjaya menyelesaikan thesis.

Oooh, terpanjang pulak komen kali ini. Terlebih makan sahur ... tu pasal berat pun dah naik sekilo! :D

anggerik merah said...

Bunga Rampai,

Terima kasih. Saya yang suka mencampakkan rasa hati di blog ini supaya tak terbuku dan sesat dalam kepala.

Saya juga peminat tulisan Bunga Rampai. Sangat tersusun rapi setiap bait ayat dan makna yang mendalam..

Saya juga... terasa montel dan termengah-mengah...:-)