Monday, October 29, 2007

Post raya ...

Untuk semua,

terima kasih diatas ucapan hari raya. Maafkan saya tak dapat reply satu-satu. Tak sempat nak berinternet kebelakangan ni.

Seminggu saya beraya dikampung. Kemeriahan and kesibukan kunjung mengunjung sehingga tidak berkesempatan untuk berinternet. Lagipun dirumah dikampung tak ada sambungan internet.

Setelah pulang ke KL, masuk ke pejabat...terus ke workshop sana sini. Sekarang ni dah keluar negara pulak. Tapi tak jauh. Hanya 2 jam penerbangan. Termiss lagi raya gathering bersama kawan-kawan di KL disebabkan kena travel masa hari minggu.

Semalam makan di restoran Sari Kuring bersama kawan serta sepupu. Terlupa nak ambil gambar makanan. Dah habis makan baru ingat. Ni kes lapar sangat. Yang tak tahan disini macetnya. Tapi nasib baik tak kena "macet total". Balik ke hotel, ada internet. Jadi sempat jugak tengok-tengok blog yang dah berabuk ni selepas masuk ke email pejabat. Akan berada sini hampir seminggu. Menghadiri conference juga berinteraksi. Semuga dapat mencari apa yang baru serta bertemu kawan-kawan baru didalam industry ini. Kalau berkesempatan nak jugak pergi spa pada malam hari bila tak ada apa nak buat dihotel. Dah lama tak ke spa.

Oh ya, semasa raya gathering office minggu lepas, ada jugak tolong buat persembahan sketsa SATU HARI DIHARI RAYA. Itupun sangatlah impromtu. Cuma ada setengah jam untuk fikir concept, pilih lagu, cari orang, praktis 2 kali. Terus buat persembahan. Semuanya express. Yang penting nya spirit.

Saya kembali bila berkesempatan.

October 29, 2007

p/s terlalu lembap untuk upload photo. Tunggu balik KL.

12 comments:

Izhal said...

aish sudah habis dok over sea ka? anyway

SLAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!

Unknown said...

Woit Anggerek Merah, lama tak chat. Macet? Satu tempat yang use that word..he he. Tempat gado2 famous ke?

Salam Eid dear.

aNIe said...

Anggerik...SELAMAT HARI RAYA dari kak lady...harap masih belum terlewat....

anggerik merah said...

izhal,

yes...tak dok oversea dah..

Saw yr raya galore picture. Anak teruna 3 orang tu dah besar... Next you must get anak dara pulak.

--

Kak Ruby,
Tu lah...we both are bz with our own life..tak sempat nak tunaikan plan next meeting. Gado2 famous tu kat mana ye?

----

kak lady,

seronok baca cerita raya kak lady.

cikdinz said...

internet mmg lembab lepas raya hari tu...entah apsal...

asyik pergi oversea jer. banyak projek kaa...

Norma Kassim PhD said...

salam aidilfitri

Anonymous said...

Maaf AA tak dapat jumpa you di jkta...busy sangat masa tu.

Selamat hariraya, maaf zahir batin.

Hajjah N

anggerik merah said...

cikdinz,

tu lah...nak upload gambar pun tak boleh...

Biasalah keje....kena pi sana sini.

----

Kak Norma,

salam aidilfitri. Seronok baca cerita kak Norma di Mekah. Didoakan mak kak Norma sihat kembali
---

Hajjah N,
terkejut jugak you mai kat blog ni...

Tak ade rezeki nak jumpa last week. Buzz me when you are back here.

simah said...

will be waiting for the pics...

wah AM.. u sekarang asyik travelling ajer... memang part of the job ker kena selalu travel mcm ni?

take care...:0)

anggerik merah said...

Simah,

ok I will try to put pics. Selalu pergi baca cerita you...

Yes...part of the job...kindda live in the jet plane and suit case jugak.

Kalau ada peluang nak jugak travel to yr place.Insyaallah one day.

HCI said...

AM, semoga selamat selalu.

anggerik merah said...

Has,

glad to know that you had somewhat recovered from fatigue..

U take care.