Hidup ini sangat indah dan penuh keajaiban. Melalui sekala ujian dan cabaran adalah pengajaran. Airmata tak semudah mengalir seperti masa yang lalu. Hati keras seperti batu dan beku seperti ais. Kesedihan dan kerunsingan disimpan disebalik senyuman dan tawa ria. Halangan yang mendatang ditempuhi sebagai ujian yang pastinya dari Dia. Hidup ini hanya pada detik dan ketika ini dikala jantung masih berdetik.
Pic: Indian village, outskirt of Mexico City
Kalau dulu, hidup ini melihat masa yang akan mendatang yang masih jauh perjalanan. Tetapi
saat dan ketika dilalaikan dan kurang dihargai. Kemana sebenarnya arah tuju... mungkin masih tercari-cari. Jantung berdebar-debar dan sesekala seperti dikejar atau mengejar sesuatu yang tak pasti apa yang dicari. Pelik sungguh pelik... tapi itulah hakikatnya.
Hari demi hari yang dilalui membawa seribu pengajaran yang tidak
boleh dibeli dengan wang dan tidak boleh ditukar ganti... pengalaman hidup yang mematangkan fikiran dan memilih yang terbaik... Adakalanya hati ini takut sekiranya perjalanan dan perjuangan ini gagal apabila hampir ke penghujungnya. Tidak sanggup rasanya untuk menerima dan menghadapinya. Pemikiran yang demikian mengganggu ketenangan dan kedamaian dijiwa. Melemahkan usaha dan perjuangan yang masih ditangan. Ternyata ini adalah bisikan syaitan yang sering cuba untuk menumpaskan segala usaha dan melemahkan segala tenaga yang dicurahkan...
Persoalannya...dimana akhirnya perjuangan ini?...
Sudah tentu sampai masanya ia akan berakhir dan menutup tirai buat selamanya.
”Ya Allah, aku bersyukur keatas nikmat yang telah engkau berikan kepadaku sepanjang kehidupanku dibumi Mu ini. Aku bermohon kepadaMu Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, semangat dan petunjuk Mu untuk aku lebih mendekati diriku kepadamu dan meneruskan perjuangan ini yang sekian lama tiada noktahnya. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini. Hanya kepadaMu aku memohon dan meminta pertolongan. Dengan izinMu makbulkanlah permintaan ku ini. Amin Ya Robbal A’lamin”
Sekadar luahan rasa...
Anggerik M
10:40 am
May 20, 2009