Hadiah harijadi ku tahun ini adalah memastikan diriku sihat sejahtera. Appointment di klinik Datuk Dr Siddiq dibuat untuk menjalankan analysis menggunakan teknologi baru mammogram. Teknologi mengguna electrical resistivity.
Semasa sessi kaunseling dengan doktor, analysis menunjukkan ada hot spot di bahagian kiri payudara, belakang nipple. Mengikut physical examination oleh Doktor, tak ada lump. Doktor telah membuat kesimpulan ini adalah berkaitan dengan "Estrogen Dominant". Hormon imbalance yang menjadi punca kepada hot spot itu. Doktor membuat analysis hormon dan keputusannya hanya akan diketahui minggu depan. Untuk masa ini doktor memberi hormon cream yang perlu digosok dibahagian kulit lembut setiap malam, B-complex kapsul dan juga magnesium oil untuk merendam kaki didalm air setiap malam.
Semuanya ini adalah alternative therapy untuk dicuba bagi masaalah fibromyalgia, chronic fatique dan juga hormon imbalance. Pastinya, diet mesti dijaga untuk darah jenis O positive. Saya harus buka semuala buku untuk membaca apa yang saya perlu makan dan apa yang mesti di letak ke tepi. Kesibukan hidup membuatkan saya dah tak berapa kritikal dengan makanan yang saya ambil.
Fikiran saya agak blur buat masa ini memikirkan apa yang harus saya lakukan seterusnya. Saya akan menunggu hari Sabtu depan untuk mengetahui dan berbincang lagi dengan doktor berkenaan dengan hadiah harijadi saya ini. Apapun saya mesti menerima dan mencuba yang terbaik untuk bertambah sihat.
Kedua-dua lelaki kesayangan saya masih di kampung. Dah 2 minggu saya keseorangan dirumah. Hujung minggu depan mereka akan pulang.
Saya tahu saya agak kebingunggan dengan perkara ini. Macam-macam berlegar dalam kepala saya. Tapi saya masih meneruskan rutin weekend saya berbasikal untuk mengeluarkan peluh. Cuma saya kena tahu bila saya raya penat, saya tak boleh lagi stretch over limit..
Anggerik merah
July 25, 2009
2:25 pm
Saturday, July 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wah wah.. entri dalam BM? :)
Hadiah harijadi ini lebih simbolik dan mempunyai makna yang mendalam - syukuri ia. InsyaAllah, you'll be okay. Take care!
D,
hehehe...this entry in BM sound a bit funny. I might need to go back to BM 101...hehehe..
Thank you and you take care too. Enjoy summer!
AM, missed your birthday...hope it was great. anyway take care of your health...same here with me, doctor had advised to lose weight...boo hoo hoo!
AA,
I hope everthing is ok with you. A bit worrying reading your blog ... time is really catching up on us, we are not young anymore, need to really take care of ourself. Take care and be well ok.
hajjah N
Post a Comment