Sunday, December 27, 2009

Warkah untuk sahabat

Salam untuk mu sahabatku…

Semuga hari-hari yang dijalani sentiasa diberkati oleh Nya dan sentiasa didalam landasan yang lurus.

Mulut ini amat sukar untuk menyatakan apa yang sebenarnya tersirat dan tersurat disetiap pertemuan kita. Lalu jari jemari ini mencuba untuk melakarkan dan menterjemahkan sekadar yang mampu. Masih lagi kaku terasa jari-jari yang lemah ini... Sekiranya dapat dilakukan..adalah lebih baik apa yang ada di dalam kotak fikiran ini dapat dibaca tanpa menggunakan tutur kata dan penulisan. Seperti orang bisu dan buta. Yang dapat melihat dan merasa melalui mata hati. Tapi hati ini menagihkan kelapangan, kebahagiaan dan ketenangan... maka biarlah jari ini dapat sekiranya berkata-kata...

Sahabatku..izinkan diriku mengucapkan ribuan terima kasih diatas persahabatan di antara kita. Satu persahabatan yang sebenarnya sukar untuk di tafsirkan. Terlalu banyak yang telah di kongsi sepanjang perjalanan kehidupan ini tanpa disedari ataupun tidak disedari.

Sekiranya perjalanan hidup diri ini ditakdirkan lebih singkat, izinkan diri ini memohon ampun dan maaf sekiranya disepanjang persahabatan ini ada cacat cela dan perkataan yang di luahkan menyebabkan dirimu berkecil hati yang menjadikan diri ini berdosa. Diri ini insan yang serba kekurangan. Kadang-kadang lalai untuk memuhasabah diri disebabkan kehidupan yang terlalu pantas ini. Sebenarnya diri ini masih lagi mencari-cari apa yang lebih penting dalam hidup ini disetiap kali ujian yang diberikan olehNya. Keinginan kita dan apa yang lebih utama didalam hidup kita mungkin juga berbeza. Itulah kebesaran Nya menjadikan pertemuan diantara dua sahabat agar kehidupan ini dikongsi dan dipelajari bersama...

Sahabatku... hidup kita melalui fasa yang berbeza yang kadang kala merubah diri kita yang asal. Ada kelebihan yang kita diberi olehNya, mungkin akan ditarik balik dan diberi kelebihan yang lain. Begitulah perjalanan hidup yang singkat ini. Sesungguhnya diri ini terasa gementar dan takut untuk menghadapi perjalanan kehidupan yang singkat ini. Takut sekiranya hati ini dipesongkan kearah terlalu menjuruskan kepada kebendaan didunia yang hanya sementara sebelum tiba saat dipanggil pulang.

Berlabuhnya tahun yang berlalu dan datangnya tahun yang baru, semuga kita sentiasa dilindungi oleh Nya, dirahmati Nya and hati kita sentiasa dekat kepadaNya, kerana itulah sebenarnya kebahagiaan yang suci dan kekal abadi. Pengalaman yang lalu menjadi pengajaran kepada kehidupan di masa hadapan..

Sahabatku, sekali lagi izin kan diri ini memohon ampun dan maaf dan juga berterima kasih diatas persahabatan ini. Terima kasih kerana memberi kekuatan didalam persahabatan ini dan meluangkan masa yang sekadar mampu. Semuga hati ini diberi kelapangan dan kebahagiaan setelah dapat menyatakan terima kasih diatas perkongsian persahabatan ini seperti matahari yang menyinari kembali hari-hari yang pernah gelap dan dingin.

Semuga kita dapat meneruskan perjuangan hidup ini dengan dilimpahi kebahagiaan yang abadi dan penuh keceriaan.

Salam persahabatan dari,

Anggerik Merah
December 27, 2009
5:41 pm

2 comments:

Madrasahkehidupan said...

mgkin kita tak pernah kenal . tp aku tertarik dgn tjuk post tu ..
aku singah hanya tuk aku zahirka apa yang aku rasa aku nak tulis .

mcm apa yg saudari cakap, mudah klu dapat baca pa yang dalam fikiran ja . sbb mmg sukar tuk manzahirkan apa yang trsirat lebih2 lg klu ianya bersangkut paut dgn perasaan.
dan selagi x diluahkan . ia akan jdi bebanan .
dan semua yang kita rasakan dapat kita terjemahkan dgn ungkapan maupun tulisan .

perjalanan hidup ........ kepentingan dalam kehidupan sering bersangkut paut dengan hati . daging yang bfungsi sebagai alat kawalan diri .. salagi bateri( nyawa) masih da . hargailah dengan sebaik2nya ...

punya hala tuju yang beda .dan juga minat yang x sama . tu lah manusia ..
yazid wa yankus .
iman dalam diri bertambah dan berkurang . ada kalanya kita diatas . mengibar panji islam dengan gah tnpa peraaan tkut pada mush walaupun sedikit . dan terkadan kita tersungkur dan tersalh memilih landasan .
aku sendiri akuinya .. mmg susah to take care a clod of flesh ..

doakn agar saudari istiqamah dalam mencari jalan yang hakiki .yg dapat bawa pada ketengan abadi ..

akhir kata aku minta maf bebnyak andai terslap sepanjang aku mlahirkn buah fikiran ttg apa yang saudari tulis ..

assalamualaikum

anggerik merah said...

Salam saudara,

terima kasih kerana memberi pendapat saudara. Kita semua melihat dunia dari lesa yang berbeza. Tetapi seandainya kita memahami siap diri kita dan dimana arah tujuan hidup kita semuga diri kita tak akan terpesong ke jalan yang sesat.