Sunday, November 06, 2005

Hari raya yang dilalui..

First raya (Nov 3, 2005)
Pagi2 bangun awal bersiap sedia nak pergi Mosque. Mat kenit buat ragam dan protest... tapi akhirnya berjaya dipujuk. Blood pressure almost go up stairs tapi sabar ajelah...Yang tak laratnya nak drive ke town dengan jalan jammed pagi-pagi hari. Walaumacamana pun pergi jugak lah.

Jalan ke town sangat slow. Memang tak sempat nak catch the first trip of sembahyang raya. Have to wait for second trip. Mat kenit dah lapar. Lepas parking kereta, konon2 nak pergi breakfast dulu, tapi terjumpa geng Msia. Dia orang ajak pergi rumah kawan dekat mosque dulu for breakfast cum beraya sementara nak tunggu second trip of sembahyang. Makan2 dulu. Lepas tu baru pergi semula ke mosque. Terpinga-pinga cari orang melayu nak pass Mat kenit sembahyang dengan orang lelaki. Lama jugak dok tercanggak kat depan pintu mosque tu. Mat kenik pun tak nampak kawan dia. Yang ramai nya Pakistani. At last nampak budak2 bujang dan pass Mat kenit kat dia orang tolong bawa adik (read: mat kenit) sembahyang. Janji lepas sembahyang jumpa kat tepi pintu mosque.

Lepas sembahyang pergi lagi kat rumah kawan2 lain pulak yang berdekatan dengan mosque. Tiga rumah kat situ. Seronok berborak2 sambil makan2. This will be the last raya dengan kawan2 kat sini. Sebelum pergi rumah no 3, aku dan kawan pergi top-up parking charge dan balik semula ke rumah nombor 2. Keluar aje dari rumah no 2 ke rumah no.3, kami dah nampak surat cinta warna merah kat depan kereta masing-masing...aisayman...kena saman pulak hari raya ni. Sebabnya parking is limited to 2 hours. Walaupun top-up tapi kereta masih tempat parking yang sama, it was considered illegal parking!!! Nasiblah apa nak buat...City council dah mintak duit raya. What a stupid system!!

Lepas rumah no 3, jalan rumah no 4, 5, 6 and 7. Kami convoy ramai-ramai. Memang meriah. The kids really enjoy and yang tua pun seronok jugak..mengiratkan silaturrahim antara kami di perantauan. Kami semua kata kita ni raya sakan mengalahkan orang kat Msia. Malam tu balik rumah hampir 12 mid-nite.

Second raya (Nov 4, 2005)
Pergi office. Buat kerja macam biasa..Malam nanti kawan-kawan yang tinggal berdekatan nak raya kat rumah pulak. Tengahari balik rumah sebab nak buat VC dengan family kat Msia. Sembang lama. Suruh my brother tunjuk gitar dia (read: tulang -tulang kat badan dia). Dia nie kurus sangat, bila puasa lagilah tinggal tulang. Setiap kali selepas puasa aku saja main2 kan dia dengan gitarnya. Bermaaf-maafan dengan mak, ayah dan SIL. Anak2 saudara pun berborak jugak. Mat kenit malu pulak, selalu hiding behind table tak nak bagi orang tengok muka dia. Everyone seems to be very happy tapi sedih jugak sebab they miss me and of course I miss raya with them also. Mak tengah pujuk Mat Kenit pasal nak balik Msia in January. Mat Kenit dengan terpaksa mengatakan OK lah..Hampir satu jam VC. Aku pun mintak excuses sebab nak pergi office semula.

Malam tu aku balik dari office 6:30 pm. My friends with their family (4 families) arrived between 7 - 8 pm. Semua makanan dah siap. Beriyani kambing + kurma dan bihun kuah resepi mak and dessert. Makan-makan dan berborak dalam conservatory dining area sampai pukul 1 pagi. Macam-macam cerita. Starting with discussion pasal our join raya gathering in 2 weeks time, pasal experience pengsan, mabuk darah, jin dan manusia dan akhirnya pasal PhD dan kerenah supervisor masing2. It was really a good release tension session for everyone. That was the adults session while the kids were in the living room with PS2 games and computer games. Bila dah sedar baru semua perasan dah hampir 1:30 am. Luckily it was weekend. Then everyone left my house.

Third raya (Nov 5, 2005)
Pagi2 lagi kepala dah sakit. Mungkin tidur lambat that morning. Bangun breakfast, lepas tu masuk duvet semula. Sejuk sangat... Pukul 1:30tengahari bangun mandi dan bersiap2 nak pergi open hall raya gathering kat town hosted my several families. Pakai baju lawa sikit dari biasa..but it was a recycle baju raya 5 years ago. Sampai saja kat hall tu ramai pulak yang tegur..lawanya baju akak...kain jenis apa...colour torquise nice colour etc...etc..Jenuh pulak dok cerita pasal baju... ni yang malas nak melawa sebab banyak soalan yang nak kena jawap..Tapi kalau tak pakai baju tu memang dok dalam closet ajelah forever kat sini. Bila lagi nak pakai.. lagipun banyak persoalan sebab all this while seldom that I wear glamourous baju. So depa agak tergezut bila tengok kakak depa nie glamour lah pulak raya tahun nie. Apapun yang pentingnya aku bahagia & gembira dan orang lain pun gembira melihat aku gembira...

Habis makan2 dan borak2 serta bergambar sana-sini...tinggalkan majlis dan singgah pergi beli barang2 sebab esok ramai yang beritahu nak mai beraya kat rumah. Since dia orang nak mai so akupun ajak sekali those yang tak pernah sampai rumah aku dan yang baru sampai sini. Bolehlah berkenalan lebih dekat. Sementara nak tunggu kedai Paki tu siapkan order ayam dan daging, aku dan Mat kenit pergi book store - Blackwell. Aku split dengan Mat Kenit to different level sebab dia nak pergi section kanak2 while aku nak pergi beli dictionary and thesaurus for him. Mat kenit aku tu memang suka buku. Kalau kat Msia, kunikuniya kat KLCC dia boleh lepak sampai 2-3 jam baca buku. So aku akan tunggu sama lah dan cari buku yang aku suka. Kadang2 sampai aku pujuk dia suruh beli buku tu instead of baca kat kedai. Most of the time dia tak nak beli. Dia suka baca aje.

Sama jugak lah kat Blackwell pun. Tambahan pulak children section kat basement with very nice little sofa for children, very cozy. Aku kata kat Mat Kenit yang aku tak tahu pun selama nie yang bookstore nie ada children section yang best kat sini. So, lain kali kita boleh datang lagi dan lepak kat sini. Mat Kenit memang happy dengan cadangan aku. Sekali lagi aku pujuk Mat Kenit beli buku cerita yang dia baca tu. At first dia tak nak beli tapi at last makan jugak pujuk aku tu. Sebabnya aku dah penat dan kepala pun dah ngap-ngap..Lagipun aku nak kena singgah kat superstore lagi beli barang sebelum balik rumah. Masa jalan -jalan sambil pegang tangan Mat Kenit aku promise kat dia yang aku akan cuba spend one day during weekend to take him around to places that he wish to go before he goes back to Msia early next year. Lately aku tak banyak spend time bawa dia keluar during weekend. Hanya setakat bawa dia pergi superstore untuk buat groceries which he got tired of it. Anyway, he will always hang around at magazine2 and book section or PS2 games and DVD section.

Malam sampai rumah memang penat sangat dan terus tidur. Dalam 9:30 pm Mat Kenit's best friend datang rumah to sleep over. Aku pun join budak2 nie camping kat living room to play PS2 games. Lepas make sure budak2 tu comfortable kat bawah and the heating is ok aku pun naik atas to my bedroom and hiding under my duvet. Aku tak tahu pukul berapa budak2 dua orang tu tidur. Biarlah dia orang enjoy their weekend nite.

Fourth raya (Nov 6, 2005)
Bangun lambat lagi. Called mak dan ayah dengar cerita pasal raya kat Msia and their get together with all relatives for BBQ ikan, udang, sotong etc. Everyone really missed me because normally my other cousin and I were the one yang selalu organised for the BBQ gathering. Everyone cud not wait for me to come back next year. ..I missed them all as much as they miss me...

At around 11:00 am. The sibbling of Mat Kenit's friend came to join the boys party. I prepared them breakfast..Toasts with baked bean and scrambled egg. Everyone beratur with their plate while I served them. Seronok sebab rasa macam kat sekolah asrama lah pulak. Riuh rendah rumah aku dengan budak2 3 orang nie. Lepas makan aku suruh semua bawa their plate to the sink then they can continue playing in the living room. Aku pulak potong ayam dan daging nak masak untuk kawan2 yang nak datang beraya kat rumah petang ni. Nasib baik kepala aku pun dah ok dah hari nie. Lepas masak then set everything kat dining. Tunggu punya tunggu depa tak sampai-sampai lagi. Other friends yang duduk berdekatan semua call rumah aku tanya samada ada yang dah sampai. Aku cakap tak ada pun lagi.

Tak lama lepas tu..baru lah dia orang sampai. Semuanya ada 5 family datang sekali. Tiba-tiba rumah aku penuh dengan orang dan budak-budak berlari-lari atas dan bawah. Seronok rasanya. Macam kenduri lah pulak. Aku fikir makanan banyak sangat takut tak habis. Alhamdullliah semuanya hampir habis..quite good estimate. Aku buat bihun kuah resepi mak lagi. Mulanya plan nak buat nasi ayam tapi change plan sebab fikirkan yang nak datang tu dah tentu sehari suntuk makan heavy food for raya. So lebih baik buat something light. Lagipun we will have join raya gathering next 2 week. Akhirnya yang datang semua kata sedap makan bihun kuah tu sebab dia orang dah tak larat makan typical makanan raya at most houses. Bila dapat sup panas semua happy tambahan pulak kat luar tu sejuk. Budak2 pun suka makan. Alhamdulillah..

Aku tak dapat berborak sangat sebab nak tengok mana yang tak cukup nak kena tambah. Tapi in - between tu sempat jugaklah berborak sikit2 berkenal mesra dengan family yang baru datang sini dan yang tak pernah sampai rumah sewa aku. Since this will be the last raya kat rumah nie, so masing2 ambik gambar kenangan. Lepas tu dia orang pun beredar dari rumah aku ke rumah kawan2 lain pulak..

Lepas kemas2 aku pun masuk bilik dan tulis entry nie.

Tomorrow will go back to my day to day life at office..tons of work to do..and sometimes cud not priotise...I will sort it out again and back to my time management skill. Sejak beberapa bulan yang lepas semuanya hancur... And plan to go back to gym and yoga session to keep my brain and body working..Insyaallah..

Begitulah serba sedikit kisah raya ku disini..

5 comments:

Queen Of The House said...

AM, seronok nampaknya your raya. Next year kat Msia will be even better, I'm sure.

If you don't mind my asking, you kat mana ye? My cousin is joining his wife there next month. Dia kat Oxford, jauh tak?

Nadia said...

AM, what a nice raya :)

take care!

OOD said...

meriah tetap meriah!

Anonymous said...

woi beraya bagai nak rak!! eh betul ka habis by early next year, eeee jelesnyerrrr...

anggerik merah said...

RB, Insyaallah mudah2an satu hari nanti RB berpeluang gi negara omputih for PhD ke or work(one of yr 7 things right?).

QOTH, I can see the changes in my raya mood from 1st to 3rd year. It has been better every year. But maybe this will be the last raya here for me. I really enjoy the frenship. After all we have to depend on each other for any help or problems just like our own family. The silaturrahim will continue sampai kat Msia Insyaallah.

Nadia, ODD...yes memang meriah!!

Atn, cuma gerabak aje balik dulu early next year..the kepala keretapi tinggal kat sini to be alone for writing up targetting mid next year. Don't worry ATN, we will have a lot more to share for why cannot focus, mood tak dak etc etc as we go along to nearer finishing line. Oh megod..help us..we motivate each other lah..

Jin...dah lama tak singgah sini...but AM sehari 4 /5 kali dok pi rumah Jin and others..especially bila otak dah penat dan badan rasa malas nak buat kerja yang sepatutnya dibuat kat opis/rumah..:-))