Monday, August 28, 2006

Untuk renungan bersama...

Tertarik dengan article yang disiarkan dalam Utusan Malaysia August 26, 2006. Sedikit keratan nya untuk dijadikan pedoman and renungan kita bersama....terutama untuk diri saya yang serba kekurangan...

Jendela Hikmah: Empat punca hidup manusia tidak tenteram
Oleh Endok Sempo M Tahir

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah.

Kita hargailah kehidupan ini.

Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Penulis boleh dihubungi pada wanitajim@jim.org.my atau layari www.jendelahikmah05.blogspot.com.


AM, Signing off!
-----------------------------------------
Latest update (August 27, 2006):

My sup (aka. my prof) is now at home recovering from operation. R and I go to hospital today to bring him back. My prof felt helpless not being able to inhale fresh air while he was in the hospital. Hence, he kind of insisted doctor to let him back home today instead of tomorrow. How? Wearing proper cloth (instead of hospital's one) as if he is going home since early morning so that the doctor will consider his wish. His wish come true! Not a bad strategy at all!

We pray for his speedy recovery.

R, his beloved wife, is so happy now and ANAK MURID also happy to see TOK GURU cepat sihat.

ANAK MURID perlukan TOK GURU untuk membaca buku karangannya...Semuga semuanya dapat diselesaikan secepat mungkin. Ini adalah kerana ANAK MURID tersangat rindu pada kampung halaman, keluarga tersayang dan negara tercinta yang telah ditinggalkan sekian lama. Ameen.

Enough said and must go now...



10 comments:

Izhal said...

ya la, pendeknya kena bersyukur... hope your sup gets well soon... AMIN...

Ordinary Superhero said...

Semoga Tok Guru nya cepat sembuh dan semoga hajat Anak Murid cepat terlaksana. Amin.

anggerik merah said...

izhal,

dah nampak semakin sihat TOK GURU saya hari nie. Alhamdullilah.

OSH,
tulah nie baru balik bawak wife dia pi grocery. He looks much better than yesterday. Alhamdullilah mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Sama-sama kita doa.

Anonymous said...

Hi Anggerik Merah,

Read what you did for your sup and R, boy what a kind and generous person you are. 'Kind and generous' are two hard to find traits in people these days. Lovely to know someone who still embrace such traits. God Bless.

anggerik merah said...

S dear,

I gulped to see yr comment thinking if I really deserve such compliment. I could only help as much I am able too. The traits which my mom passed it on me and kept on reminding me to help people in need. I am sure others will do the same.

simah said...

semoga tok guru sihat cepat cepat...ni kira anak murid dia dah habis menulis karangan..lepas tu buat correction..lepas tu balik tanahair ker?

anggerik merah said...

simah,

tu lah..my soul is already back home.

Count Byron said...

All the best AM. Your Sup is your gateway to kampung halaman, so do what best you can to facilitate the passage. You must be brimming with pride by now.. that your buku dah tertulis.. hanya menunggu sup baca ajer.
Well done.

anggerik merah said...

Le Count,

welcome back. What a surprise to see your writing again! Everyone really miss you in blogworld.

Just a coincidence, abt to write email to you yesterday but change mind. Something I read in the book "Don't be sad" by 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni which instantly reminded me of what you wrote earlier. Surely you have read this book.

Glad to see you here. Honestly you brought bright sun light here. Thanks for coming.

Count Byron said...

AM, thanks for such inspiring remarks. Sunshine is self generated.. so you have a lot to thank yourself for. The Book.. wish I had read the book.. but most important of all is to be able to draw reflection from it.
Thanks for sharing AM