Friday, September 01, 2006

Pesanan Orang Tua

I receive a forwarded email from a friend today. I wish to post it here for me to read. And also to share with others who wish to read... semuga memberi menafaat untuk kita bersama..

Will be back with my own entry later when I am physically fit*. Till then....

* due to hormone imbalance which driving me nuts & melancholic!


--------------------------

Assalamualaikum,

I feel its good to relay to everyone kisah benar yang saya lalui.
Baru - baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris ( speaking landong lagi) yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya,anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pakcik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda.
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu,termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal.
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan. Terpulang kepada anda untuk menerima nya atau tidak.

Segala yang baik adalah ilham dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari kelemahan setiap insan.

~Wallahualam~

8 comments:

simah said...

Selamat hari Merdeka to u too..
thanks 4 sharing this knowledge.. ..after reading this..i terfikir balik..i read these surahs everyday..but i never really look into the meaning of these surrahs deeply...analytically..may i should start soon..before i stray.. the reminder is wonderful..thanks :0)

R2K said...

: )

Idham said...

:) thank you anggerik.

Hope u feels better soon.

"Kau dengan ugama mu dan aku dengan ugama ku"

Nowadays ni susah nak kenal siapa Muslims dan siapa tidak.
But then, we should be kind and respectful to all regardless kan?

Idham

Lollies said...

i think this is a good message. thanks anggerik for sharing

anggerik merah said...

simah,

tu lah...most of the time kita tak menghayati these surah, I mean myself. I paste it here so that I can come back and remind myself wherever and whenever. Glad that u find it useful.Selamat hari merdeka untuk Simah di Turki!

--------------

ALex,

Hi

----------

Idham,
Yes, TQ. Dah okay after loads of sleep & do nothing...heheh..

Yes, true. No matter what must respect others.
-----------------

Lollies,

u are welcome dear. Warga Msia kat Qatar semakin bertambah I was told by my friend.

S said...

Hi Anggerek Merah,

This is a powerful message. Very deep. For a long time, I have stopped practising reading the quran by rote. I have always read the translation. The most important part of the quran to me is the understanding and application and not to use it as azimat...this is a very personal opinion, but wish to share with you.

We must go for science and technology to be relevant and survive globally, I agree, with pesanan orang tua ni.

Whoever wrote this has a very sound mind indeed.
Hope you are doing well with your T, dear. Hang in there. Cheers.

Nong said...

Membaca surah2 tu elok dibuat amalan sebelum tidur.

Hope you are well now. Take care...

anggerik merah said...

S,
thanks for sharing yr thots. I appreciate it much. I can't say much as I felt like I am learning to crawl again in many aspects. Ahh..maybe I am still melancholic at this moment...sigh..

Thanks for yr wish!
---------------------

Kak Nong,
Yes, you are right Kak Nong. That's remind me to ask my lil man not forgetting to read 3 kul before going to bed.

Insyaallah I should be Ok soon. Thanks for yr concern.