Sunday, September 23, 2007

Pakcik Mustaffa dalam kenangan

Hanya beberapa hari lagi akan cukup sebulan kami sekeluarga melawat Pakcik Mustaffa, ayah kepada sahabat karibku, semasa dia berada di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu. Dia mengalami pendarahan daripada vein di jantung setelah terjatuh beberapa kali. Sebelah paru-parunya juga sudah rosak berkemungkinan besar keran dia “heavy smoker”. Mengikut kata doktor, walaupun dia nampak kuat tapi sebenarnya tak ada apa yang boleh dilakukan untuk menolongnya pada ketika itu. Hanya berharapkan kepada miracle supaya dia sembuh. Kekuatan semangat Pakcik untuk melawan penyakitnya sangat ketara. Semangatnya tidak pernah luntur. Dia seperti tidak dapat menerima kesakitan yang dialaminya. Ada jugak dia berkata yang mungkin sudah tiba masanya dia menumpukan sepenuh masanya kepada hal-hal keagamaan dan melupakan pekerjaannya.

Pakcik Mustaffa sangat baik orangnya. Penuh ketegasan, sangat kuat semangat and sangat berdisiplin. Dia seorang yang tidak boleh duduk diam. Walaupun sudah bersara tapi dia masih meneruskan pekerjaannya dengan pengalamannya sebagai seorang guru dan jugak Nazir sekolah. Kami mula mengenali Pakcik Mustaffa semasa dia dan Makcik melawat anaknya di bumi ini. Lil man selalu jugak ditinggalkan bersama cucu Pakcik Mustaffa dan Makcik semasa pembantu saya pulang ke Malaysia. Oleh itu lil man menganggap Pakcik Mustaffa seperti Tok Ayah nya jugak.

Masih ingat lagi semasa Pakcik disini, setiap pagi dia akan ke kedai berhampiran rumah anaknya untuk membeli suratkhabar. Dia ada memberitahu saya yang dia agak gusar disini sebab tak ada kedai kopi seperti di Malaysia untuk melapak-lepak. Walaubagaimanpun dia cuba mencari aktiviti untuk dilakukan seperti berjalan kaki dan juga bermain dengan cucunya.

Semasa kami sekeluarga di Hospital Sultan Aminah, sempat kami melawatnya sebanyak dua kali pada hari Sabtu dan Ahad sebelum kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Sedih jugak nak tinggalkan dia. Sebelum berangkat balik saya sempat menasihatkan Pakcik supaya banyak berehat semuga cepat sembuh. Insyaallah panjang umur kami datang lagi melawat Pakcik. Bergenang airmata dikelopak matanya dan saya cuba menyembunyikan kesedihan saya supaya emosinya tidak terganggu. Didalam hati saya terfikir yang kita tidak tahu siapa yang Allah akan panggil dulu. Walaupun saya lebih sihat darinya, kalau sudah sampai masanya walaupun sesaat tidak akan ditangguhkan.

Saya ada memberitahu kepada Pakcik yang saya akan kembali ke sini untuk seketika. Dia menyahut sambil tersenyum lebar dan berkata “seronoknya” dan menyuruh saya membawa lil man bersama. Saya jelaskan padanya yang saya pergi dengan urusan kerja dan akan singgah dinegara lain. Sukar bagi saya untuk membawa lil man bersama. Saya juga memberitahu dia yang saya akan pergi tengok kedai yang dia sering beli suratkhabar setiap hari untuk mengingatkan memori nya semasa bercuti disini hampir 3 tahun yang lalu.

Sebelum saya berangkat kesini, sahabat saya memberitahu yang Pakcik dalam persediaan menjalani operasi di HKL. Teringin saya nak melawatnya sekali lagi sebelum berangkat. Tetapi saya diberitahu yang hanya keluarga terdekat dibenarkan melawatnya. Sesekali saya masih berhubung dengan sahabat saya mengenai perkembangan Pakcik.

Pagi ini saya melalui jalan berhadapan kedai dimana Pakcik berkunjung setiap hari…selepas saya menerima SMS dari sahabat saya memberitahu berita kematian ayahanda kesayangannya semasa kami bersedia untuk bersahur di bumi ini. Pak cik kembali kerahmatullah pada 8:20 pagi waktu Malaysia, 23 September 2007. Alfatihah untuk PakCik Mustaffa. Semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Setelah menerima berita itu saya terus menalipon big man memberitahu padanya. Saya tidak berharap big man boleh memandu ke Johor kerana dia baru saya keluar dari hospital kelmarin. Dia masih lemah. Sebenarnya big man mengidap Rheumatoid arthritis mengikut diagnosis terakhir doktor kelmarin. Semasa perbualan talipon saya mendengar lil man pastering big man untuk pergi menziarah Pakcik Mustaffa. Katanya “their family are just like our own family”. Begitu rapatnya persahabatan lil man dengan cucu-cucu Pakcik Mustaffa. Seperti isi dengan kuku.

Saya kuatkan semangat menalipon sahabat saya untuk memberikan nya moral support. Ternyata saya pun tidak dapat menahan sebak. Sahabat saya masih teresak-esak dan berkata “ I tried to do the best for him”. Saya cuma mampu berkata padanya “Yes, I know that, but you must let him go…dan banyak bersabar”. I know it is easy said than done. My heart is with her and her family. Saya tahu yang sahabat saya sangat terasa kehilangan ayahnya. How I wish I was there to be by her side.

Pakcik Mustaffa dalam kenangan…

Semuga Allah menempatkan Pakcik bersama-sama orang yang beriman. AMIN.

Nota:

Sejak kebelakangan ini saya dapat rasakan yang diri saya sudah dibentuk menjadi lebih cekal untuk menghadapi sebarang dugaan yang mendatang. Mungkin Allah telah mengkabulkan permintaan saya supaya saya jadi begitu. Lebih redha diatas dugaan dan cabaran dan jangan mudah putus asa. Juga lebih banyak fikirkan hikmah disebalik dugaan yang mendatang. Semuga Allah terus memberikan saya kekuatan untuk melalui perjalanan hidup ini. Dan semuga saya juga tidak lupa mendoakan yang sama untuk keluarga serta sahabat-sahabat saya.

Nukilan rasa

Anggerik Merah
Sept 23, 2007

2 comments:

cikdinz said...

alfatihah untuk pakcik...

ummi said...

Anggerik merah,

Salam perkenalan. I bloghop dari lollies. Ketika ini saya dalam dilema, bila terbaca kata2 nota yang ditinggalkan AM di hujung entry, terasa semangat itu kembali..tq..