Thursday, August 31, 2006

Andai kau jauh...


Andai engkau jauh
Abadikan zaman mesra
Sewaktu kita bersama
Berjalan menyusur
Senja merah... senja merah

Masa telah berlalu
Tapi kenangan bersamamu
Masih menyala memberi ilham
Untuk lagu ini

Hantarkanlah suaramu
Supaya ombak rindu ini
Menjadi tenang kembali
Seperti dulu
Kekasih

Coretan di jiwa
Dihapus ombak masa
Pantai dan laut
Tetap jadi saksi

Andai ku ulangi
Sejarah hidupku ini
Akan ku pilih
Waktu bersamamu
Kekasih

Lagu: Julfekar
Lirik: Zubir Ali



Note:
Thank you sayang for sending "Zubir Ali 06 CD & M Nasir Sang Pencinta" to me.
And to my beloved lil man, thank you for asking mama if I like these songs.

Brisk walked to refresh mind for 1 hour around village. Inhaled fresh air (which I will miss it in KL). Feel contented and energised!

Selamat Menyambut Hari MERDEKA untuk semua rakyat Malaysia. Semuga ianya memberi sejuta makna untuk diri, negara & bangsa yang tercinta

8 comments:

Sya said...

Selamat Menyambut Kemerdekaan dari kejauhan

KakNi said...

AM, Selmat Menyambut Kemerdekaan jugak untuk mu

Dok tengah enjoy lagu ke tu?

Baca entry kat bwh psl prof & cawan, well, kadang2 susah kita nak ignore benda2 lain tu contohnya duit sebab kalau tak ada duit memang susah la, nak htr anak2 sekolah, ke babysitter, peralatan sekolah dll. Macam saya ni selalu sangat susah hati pasal tak cukup duit, tiap2 bulan struggle nak byr bil. Ada baca satu artikel tu, katanya kalau terlalu memikirkan sesuatu benda contohnya duit, smpai solat pun dok teringat duit umpama macam menduakan Allah. Dah berdosa besar tu.

maklang said...

Selamat Menyambut Hari Merdeka...Tak pergi berarak ke?? Kat sana berkumpul tak masa hari merdeka ni???

Izhal said...

salam mrdeka kak AM... so wazap??? takkan layan zubir ali je... by the way, lens flare touch is nice :)

Ordinary Superhero said...

Salam Merdeka.

Yes, you may miss the fresh air once back in KL. La ni pun tengah jerebu.

anggerik merah said...

Kak Sya,

Terima kasih. Cuma dapat rasakan sambutan dalam minda.
--------
Cik Ni,
Terima kasih.
Ya, tak semestinya kita terima 100% apa yang ditulis. Kita kena fikir lebih mendalam. Dan pilih jalan yg terbaik. Memang zaman sekarang ni semuanya perlu duit. Yang penting duit yang kita perolehi ada keberkatannya. Bagi AM stiap kita didunia ini diduga oleh Allah dengan berberbagai cara. Mungkin ada yang dilimpah dengan duit tapi hati tak tenteram. Kesyukuran dan juga doa kepada Nya semuga kita semua dikurniakan kehidupan yang sempurna didunia & di akhirat.
--------------
Mak lang,

Kat sini tak aa apa2 pun. Lagipun hari weekdays. Not sure kalau weekend ni ada plan for celebration.
----------
Izhal,

terima kacih. Tu lah my big man send these CD. Adalah satu dua yang I like. So paste kat sini. Hebat jugak Zubir A sekarang ni!

Ahh... that picture taken in the train going to London early this year. Masa tu tengah senja. I just used my amateur canon auto camera.

---------------
OSH,
terima kasih. Indeed, the air here is so refreshing...It is so pleasant to inhale. I will really miss it.

Idham said...

anggerik,

begitulah...lumrahnya kasih dan sayang
di mana jua tetap di kenang
bertanya khabar bukan setakat ingin tahu
namun pasti ingin juga membantu

how r u ?

Idham

anggerik merah said...

Idham,

I am OK. TQ for asking & ingin membantu.

Biasalah kan kalau dah berjauhan, kadang kala melayan perasaan. :-)