Hati rasa sangat gelisah dan sedih bila mendengar berita tentang adik Nurin apabila membaca berita on-line. Alfatihah untuk aruah adik Nurin. Sayu rasanya hati…
Saya pun terus menalipon lil man untuk mengingatkan dia jangan sesekali keluar rumah sorang-sorang. Lil man hanya tinggal bersama pembantu buat ketika ini kerana big man sekarang ditahan di hospital hingga hari Sabtu. Keadaan kesihatan big man tak berapa baik semenjak kebelakangan ni. Sekali lagi..semenjak saya kena keluar negara kerana urusan kerja dan juga menghabiskan sisa-sisa belajar yang belum sempat dihabiskan dulu. Saya akan cuba setakat yang saya mampu menghabiskan sisa-sisa pembelajaran saya sebelum pulang.
Sebenarnya saya terpaksa memaksa diri. Walaupun saya sedih juga sebab tak dapat bersama-sama keluarga menyambut puasa, tapi saya cekal kan hati untuk cuba merasakan keindahan bulan yang mulia ini masih ditempat lama dulu. Saya benar-benar memaksa diri tapi kekuatan saya tidak seperti dulu lagi. Saya cepat letih dan tak bermaya. Cuba cuba bermain dengan fikiran supaya melupakan kepenatan dan mungkin kemalasan jugak.
Saya cuba terus berfikiran positif walaupun terpaksa mengenangkan anak dirumah dengan pembantu dan suami terlantar di rumah sakit. Dan saya masih disini. Saya memohon dariNya supaya berikan saya kekuatan mental dan fizikal setakat yang saya mampu untuk meneruskan perjalanan ini walaupun berbagai halangan. Memang sedih dihati bila melihat gambar kawan-kawan seperjuangan saya yang telah pun meraikan kejayaan mereka dan saya tidak dapat bersama-sama mereka diketika itu. Namun saya bangga dengan kejayaan kawan-kawan saya yang sama-sama berjuang. Seperti yang saya doakan setiap hari selepas sembahyang supaya Allah mempermudahkan urusan saya dan kawan-kawan saya semua. Allah makbulkan walaupun saya masih terus berjuang.
Dalam masa yang singkat ini, saya meneruskan perjalanan ini dan berharap ianya akan sampai ke penghujungnya secepat yang mungkin. Apapun, saya cuba mengingatkan diri saya yang saya tidak boleh melebihi limit saya. Nasihat dari Sir Count Byron kepada saya supaya jaga kesihatan bermain dikepala saya ketika otak saya dah tak produktif. Sekiranya saya penat, saya berehat seketika. Setiap kali saya rasa kepenatan, saya akan tinggal kan pejabat ini dan berjalan di luar untuk menghirup angin segar. Sambil tu saya memerhatikan pokok-pokok yang masih hijau yang belum bertukar warna, jugak itik-itik yang saya selalu beri makan di tasik dulu. Tapi saya lihat dah tak banyak itik-itik di tasik itu. Mungkin dah berpindah ke tempat lain. Air tasik pun ada sedikit kotor dari dulu. Macam tak terpelihara.
Saya amat terhutang budi pada pasangan suami isteri yang sama-sama belajar disini mengajak saya tinggal bersama keluarga mereka dirumah saya dulu. Tak lah saya kesunyian dan keseorangan. Tambahan pulak mereka ada seorang anak yang comel dan petah berkata-kata dengan bahasanya. Terhibur hati rasanya. Semuga Allah membalas jasa baik mereka berdua. Ramai jugak kawan-kawan lain mengajak saya tinggal bersama mereka. Tapi saya rasa selesa tinggal dirumah yang saya pernah menyewa dulu.
Saya jugak terhibur dengan rakan-rakan di pejabat ini yang sama- sama berjuang. Berbagai cerita yang berlaku sejak saya tinggalkan tempat ini beberapa bulan yang lalu. Walauapapun, saya ada tujuan. Jadi saya cuba tumpukan kepada urusan saya disini. Beg tidur serta dua bantal saya masih ada di pejabat ini. Masih berguna untuk saya pada hari-hari yang saya duduk dipejabat ini sepanjang malam. Bila saya dah penat boleh lah saya berbaring dilantai.
Begitulah kehidupan saya buat ketika ini…
September 21, 2007
Room C1-6
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Semuga perjuangannya selesai dengan berjaya..good luck
liyas,
thanks.
Post a Comment