Thursday, October 20, 2005

Mengingati yang tiada...

Now is 6:42 am, just received SMS from my uncle informing me that PM's wife passed away. Alfatihah. Last nite I had included the following into my save as a draft and plan to publish after my season finale of my novel. But, I cud not help not to publish it now after receiving the news a few minutes ago. This entry is so much mengingatkan diriku bahawa tiada yang kekal didalam dunia nie dan aku tak tahu bila masaku akan tiba. Kadang2 aku lalai tentang kebenaranNya..
My cousin wrote this to me (almost 3 years ago, I kept in my archived email) the day after my tok passed away. It was just 2 months after I left to oversea for my study. Tears running through my eyes after several SMS sent to me by my sibblings and cousins to break the news about tok. I was the only cucu that was not there to see tok peacefully left us to our Creator. Tok was the one who taught me about having a strong faith in Allah. She started to bring me to mosque for sembahyang and taught me Muqaddam since I was really small. Tok, I owe you so much what you had done to me. Although sometimes I am always take for granted to keep my faith in Allah, but I always have the guilty feeling inside me. It is because you had instill this in me before I understand the reason of this life..


TOK DALAM KENANGAN

28 March 2003,

Asm,

Tiba2 teringat kenangan lama dengan tok. Dulu waktu kecik2 selalu dok pi tidoq rumah tok (cucu kesayangan la katakan). Kalau waktu tokwan ada selalu tok bawak bejalan pi bendang, lepas tu bila dah penat bejalan tunggu tokwan datang fetch dgn gerek tua dia, naik la kami bedua kat belakang - terhuyung hayang tokwan bawak kami bedua. Lepas tu kalau petang2 temankan tok bagi anak kambin dia minum susu pakai botol susu - beratur la anak kambin tiga empat ekoq dok tunggu turn nak minum susu.
Yang paling syok tolong tok pusing kipas padi (yg kena pusing pakai tangan tu), sambil tok dok ayak padi kita pun pusing kipas kuat2 sampai lenguh tangan2. Kalau tidoq rumah tok pula dia cukup marah kalau pi makan rumah makcik, mesti dia yg nak masak. Yg paling tak suka kalau tok kutey, sakit betui (tok lagi cengey drp tokwan).Teringat jugak tok cerita waktu dia kawin dgn tokwan dulu. Waktu tu umoq dia baru 14/16 thn. Hantaran dia la yg paling mahal kat kampung time tu -sebab katanya dia la yg paling lawa. Lepas tu siap mempelai naik gajah. Lagi satu Tok memang suka cerita pasai asai usui keturunan kita, even waktu dia mula ingat2 lupa dulu pun pasal sanak saudara dan asal usul keturunan kita dia tak pernah lupa. ...sekarang semua tu tinggal kenangan, sayang tak sempat nak ambik video camera waktu tok tengah sihat dulu, yg adapun waktu dia sakit saja (nak buat mcm mana, waktu tu sapa pun takdak video cam).
Alhamdulillah tok pergi dalam keadaan tenang dan semua anak2 dia ada kat keliling dia. Kebetulan pula sama hari dengan tokwan meninggal dulu. Selepas tok meninggal ayah bagitau yang tok pernah pesan supaya kalau dia mati nanti dia mau semua anak2 & cucu2 pempuan dia yg mandikan dia dan cucu2 laki pula kena usung jenazah dia. Bila dengar mcm tu terpaksalah kami semua pakat balik kg walaupun baru saja sampai KL pada hari yg sama. Yang tak balik Kak M (tak larat dah) Dik I (dia dapat tau waktu dalm perjalanan balik ke KL, nak tumpang kami tapi dah tak celuih), Bang W (jauh sangat - diabukannya fit nak drive sorang2, lagipun ayah tak bagitau kat dia tentang pesan tok, sebab tu bila dpt tau dia terkilan sangat ,tapi nak buat mcmmana, kalau dia balik pun takut nanti mudarat dia pulak) dan yg last sekali Kak AM la.
Kami bertolak mlm tu pukul 12.30 mlm, yg balik myself, dik H, dik M, dik T dan A. sampai dah pukui 4.30 pagi. Bila sampai saja terus pi tengok jenazah tok, nampak muka tok tenang dan tersenyum mcm dok tidoq saja. Sementara nak tunggu subuh kami semua tidoq dikeliling tok termasukla anak-anak perempuan tok. Tapi rasanya sapapun tak boleh tidoq, masing2 dok layan perasaan sendiri. Pagi tu lepas subuh orang dah mula datang nak ziarah jenazah tok. Ramai sangat yg org dtg - termasuk Raja. Family kita dok kalut siapkan peralatan nak mandi dan kain kapan tok (dik A yg kena jahit kain kapan tok).
Lebih kurang pukul 9.30 pagi kita dah bersiap-siap nak mandikan tok. Ayah dah panggil semua anak2 & cucu2 tok masuk dalam bilik dan bagi briefing utk mandikan tok. Org lain semua kena keluar, kecuali beberapa orang - terpaksa mintak tolong depa kerana di antara kita tak dak sapa pun yang biasa. Lepas tu ayah keluar dan tinggal la kami semua dlm bilik. Cucu2 laki tlg angkat jenazah tok letak kat atas tempat nak mandikan tok. Lepas tu depa pun mula la mandikan tok. Mak T langsung tak boleh join, dok tengok kot jauh saja. Mak C boleh tengok tapi tak boleh tolong, mak pun sama. So, yg betul2 tolong mandikan tok - kak R, dik A, kak M, kak A, kak L, & mak M. (Sambil dok mandi tok sambil dok lap air mata). Dah selesai mandikan tok, kami pun angkat jenazah tok letak kat bawah untuk dikapankan.
Sebelum muka tok ditutup semua diberi kesempatan utk tengok buat kali terakhir. Ayah dan pak S pun masuk. Sorang-sorang diberi peluang kalau nak cium tok. Masa ni la yg paling sedih sekali - boleh kata semua yg ada kat situ menitiskan air mata. Yg paling terok mak T - langsung tak boleh nak tengok muka tok,d ok tengok kat tempat lain, beberapa kali pak S dok paksa mak T tengok, tapi tak boleh. Bila semua dah selesai, kami pun usung jenazah tok bawak pi rumah ayah sebab nak sembahyang kat sana luas sikit.
Lebih kurang pukul 10.45 semua dah ready nak sembahyang. Oleh kerana org ramai sangat terpaksa la buat dua kali. Sebelum mulakan solat jenazah, ayah berucap sikit - dia kata kalau tok pernah buat silap kat sapa2 mintak dimaafkan dan kalau tok ada berhutang dgn sapa2 terutama dgn org2 kg, boleh la tuntut kat ayah, dan yg paling baik ialah dihalalkan segalanya. Lepas tu mula la kita solat jenazah diimamkan ayah (lagi sekali tok beruntung sebab anak lelaki dia yang mengimamkan solat jenazah dia). Anggaran org yg solat jenazah mungkin lebih dari 300 org. Kali kedua solat jenazah MB pun join sekali - imam masjid batu 2 yg imamkan. Setelah selesai solat, cucu2 laki tok lagi sekali mainkan peranan usung jenazah tok keatas van - orang lain nak tolong pun kami tak bagi. Yg naik van sekali dgn tok, dik E, dik T, dik H, & As. Yg lain pegi sendiri ke kubur (lelaki shj, yg perempuan tunggu kat rumah - tak digalakkan pergi).
Alhamdulillah kerana kubur tok berdekatan dgn kubur tokwan. Bila jenazah tok sampai ke kubur kami pun usung ke liang lahad dan mulakan kerja2 menimbus. Yg tunggu kat dalam liang lahad ialah myself, bang H dan bang M. Bila dah selesai jenazah tok di simpan, ayah pun mulakan memberi tazkirah kepada yg hadir. Mengucapkan terimakasih kepada semua yg bersusah payah menolong menguruskan jenazah tok dan mengingatkan kita yg hidup ni tentang kematian yg mesti dtg. Ayah kata, dia percaya kesakitan yg tok alami selama beberapa tahun tu telah dapat menghapuskan semua dosa2 yg pernah tok lakukan dan tok pergi menemui Allah dalam keadaan bersih dan penuh ketenangan. Akhir sekali ayah mintak kepada semua yg hadir untuk masing2 tolong mendoakan kesejahteraan roh tok di alam barzah.

MOGA-MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMATNYA KE ATAS ROH TOK YG
DISAYANGI ....AMIN!

After about 6 months tok left us, my cousin's father which is my uncle (ayah in the above) was diagnosed with cancer. I had opportunity to see him when I was back to Msia for a short while end 2003 at the early stage of his ordeal. He then left us on the first week of Ramadhan last year to be with his mother... Aku cuma dapat mengiringi jenazah nya melalui phone call semasa jenazahnya dibawa pulang dari KL ke kampung untuk dikebumikan. AlFatihah..

No comments: