Sunday, October 09, 2005

Part 1..a shoulder to cry on

THIS BLOG MEANT TO BE MY DIARY SO THAT I COULD WRITE WHILE I STILL REMEMBER AND READ IT AGAIN MAYBE 20 YEARS LATER IF I AM STILL ALIVE. I WILL KEEP ALL MY STORIES TO SHARE WITH MY GRANDCHILDREN IN THE FUTURE AND ALSO THE BLOGGERS. IF YOU WISH TO READ PLEASE DO SO. JUST A WORD OF CAUTION..IT IS LONG..YOU MAY WANT TO STOP AND EXIT, OR PLACE YOUR COMMENT IF YOU HAVE ANYTHING TO SHARE...



Ingin ku bukukan kali pertama dan terakhir suatu cerita yang aku tak pasti. Bagiku ia adalah misteri hidupku yang menjadi permulaan jalan yang ku lalui sejak beberapa bulan yang lalu. Walau bagaimanapun misteri hidup ini sedikit demi sedikit kini menghilang. Aku terpaksa menghilangkan nya kerana aku tak mahu melayan perasaan yang tak ada penghujungnya. Yang pastinya serba sedikit meninggalkan ku kebahagian, ketenangan & kekuatan untuk aku lalui jalan hidup ku seterusnya.


Disaat aku mencari kehilangan diriku, aku terjaga dari mimpiku apabila mengikuti jalan cerita Sephia December tahun lalu. Aku tak suka tengok cerita melayu, tapi somehow cerita nie sangat mengusik jiwaku. Sampai aku tak rasa yang airmata mengalir dari pipi tak henti-henti sepanjang cerita tu. Tersentuh hatiku dengan watak Sephia yang aku rasakan sama seperti diriku yang hanya mengikut arus yang mendatang dan korbankan diri untuk kebahagiaan orang lain tanpa memikirkan diriku sendiri. Watak Amir, seorang yang caring, humble dan ada ketenangan diwajahnya mengingatkan aku pada seorang kawan (disini aku panggil "N" ) yang aku temui lebih 10 tahun yang lalu.

Pertemuan kami hanya bermula sebagai customer-supplier relationship. Aku dibawa oleh company driver ke Port Kelang untuk menguruskan custom clearance peralatan berjuta ringgit yang kami beli dari luar negara. N adalah sales engineer yang mengguruskan pembelian itu bagi pihak local company. Bila aku menjejak masuk ke gudang di Port Kelang, aku merasakan ada orang sedang memerhati aku dari jauh sampai tersenyum. Aku dengan muka yang serious bertanya samaada aku berada di tempat yang betul. N lalu memperkenalkan dirinya pada aku. Setelah semua urusan selesai aku pun balik ke office.

Setelah peralatan dibawa ke office aku, N sentiasa bersama-sama dengan aku, representative dari luar negara dan juga beberapa rakanku untuk menjalankan commissioning of equipment. Selama 2 minggu aku rasakan yang N selalu memerhati aku dan juga banyak kali dia cuba untuk mengenali hati budi aku macam dia nak tahu pasal aku. Aku seperti biasa tak suka mencampur adukkan business and non-business affair. Aku tak melayan kerenah dia walaupun aku tahu dalam dirinya ada ciri-ciri peribadi yang aku idamkan dari seorang lelaki yang sukar untuk aku temui. Aku tahu yang dia tertarik pada perwatakan ku dan juga sebaliknya.

Di hari terakhir, setelah kerja selesai, ditakdirkan kami berpeluang untuk bercerita pasal each other sedikit. Dia agak terkejut bila aku beritahu yang aku adalah isteri orang. Masa tu dia masih lagi single dan dia 2 tahun lebih muda dari aku. Selepas dari pertemuan itu kami masih berhubung melalui talipon sebagai kawan. Aku tahu dia good listener. Aku ada juga menceritakan serba sedikit masaalah rumahtanggaku pada dia. Aku juga ada tolong dia jadi referee untuk dia apply kerja dengan company yang lebih besar dan stabil. Dia sangat gembira bila dapat kerja tu. Tapi lepas tu kami putus hubungan.

Sehinggalah 3 tahun lalu bila aku cuba jejak dia semula. Aku dapat hubungi dia melalui talipon. Dia happy sangat bila aku call dan dia kata dia ada teringat kat aku jugak dan ada benda dia nak cerita. Tapi dia tak dapat ceritakan masa tu. Aku bagitau dia yang aku nak continue study. Dia kata dia dah kahwin dan ada anak perempuan sorang. Aku pun cerita yang aku dah ada anak lelaki. Dia ucapkan all the best to me. Itulah kali terakhir kami berhubung.

Setelah aku merantau untuk meneruskan pengajian, kami terputus hubungan. Dua tahun aku lalui jalanan hidupku dirantau orang yang penuh cabaran dan dugaan. Aku tak mahu cerita pasal nie. Apa yang aku buat ialah aku selalu bercakap pada diri sendiri dalam bath tub masa tengah shower. Disitulah tempat aku melepaskan segala kesedihan dan kekecewaan ku yang tak ada siapa yang tahu kecuali Allah. Aku menangis sepuas hati. Kadang2 aku pernah rasa nak bunuh diri dan give-up dengan hidup nie. Tapi aku bersyukur yang Allah masih lagi melindungi aku dan menyedarkan aku yang aku diperlukan.

Pada masa tu aku tak ada tempat untuk betul2 meluahkan perasaanku dan apa yang terbuku kat dalam hati sanubari dan fikiranku. Aku ada kawan rapat yang tahu penderitaan hidupku tapi dia orang semua kat Msia. Masing-masing dengan kehidupan masing2. Melalui talipon kawan ku "F" memberiku semangat untuk sedarkan diriku yang aku dah lama membiarkan diriku tersiksa begini. Dia menjerit padaku supaya aku mencari apa yang kamu mahu dalam hidup aku.

Setelah semua ini ku lalui, satu hari barulah aku dapat sedikit demi sedikit open-up diriku pada seorang kawan yang sama-sama disini iaitu CS. CS banyak menyimpan kisah hidupku sampai sekarang dan setiap sesuatu yang aku tak pasti untuk membuat keputusan, aku selalu meminta pendapatnya sebab aku tak sanggup lagi melalui apa yang aku lalui 2 tahun lepas. Ianya cukup menyiksa diri dan fikiranku. Aku mahu bangun semula dan hidup semula dan juga mencari diriku. Selama ini aku rasakan hidup ku dah mati walaupun jasad ku masih disini. Berjela-jela email ku pada CS meluahkan perasaan sedih, marah, frustration dan segala yang menyiksa diriku. Aku tak boleh nak bercakap untuk menceritakan nya... sebaliknya aku dapat menulis apa yang dirasa. Aku terhutang budi sangat pada CS yang terpaksa membaca isi hati ku melalui apa yang aku tulis. Dia banyak memberiku pandangannya, a good listener juga a shoulder to cry on..walaupun aku tak pernah menangis depan dia...Aku dengan sikap aku yang tak suka menjatuhkan airmataku didepan orang selagi dapat bertahan..Masa tu aku tak pernah dengar atau kenal apa itu blogger...

Berbalik kepada character Amir dalam cerita Sephia tu, membuatkan aku terdetik untuk mencari N semula. Aku tak tahu dan tak faham kenapa. Mungkin jugak disaat itu aku perlukan seseorang macam dia yang dapat mendalami dan memahami apa yang aku rasakan. Aku jugak perlukan pandangan lelaki mengkritik segala tindak-tanduk ku untuk menyelesaikan masaalah yang aku hadapi. Mungkin jua aku perlukan "a shoulder to cry on" ....bersambung..

5 comments:

Anonymous said...

You dont have to mention what I have done for you. Semuanya ikhlas kerana you are my dear friend. I am glad that you are brave enough to let it out now. I am happy when you are happy!

CS

Anonymous said...

you know after reading this entry, all i can say is that: each one of us bloggers have our own story. ada yg luahkan, ada yg tidak. this might not make sense to you. anyway, kalau nak curahkan kat sini, go ahead. i have found so many friends thru blogging and i am sure all of us will be yr shoulder to cry on. peluk cium dari saya

aNIe said...

assalamualaiku anggerik..salam perkenalan...kak lady tertarik ngan entry anggerik..A shoulder to cry on...& seperti biasa kita manusia semua ada masalah..samada kecil atau pun besar, betul kata atenah samada yang diluahkan, ada yang tidak...& kita tentu ade orang2 yang kita pilih untuk mencurahkan isihati kita..& kak lady rasa kat sini ramai bloggers yang sedia mendengar...kuatkan hati untuk menghadapi apa saja dugaan...and i know you will be strong enough after all you've gone thru'

Anonymous said...

Where is the continuation to your story? I am sure your virtual friends out there are ever willing to share their thots and advises with you. You are not alone...

CS

anggerik merah said...

CS, thanks so much for being there for me..

Tenah, luv you too..I stop for a while thinking about if I shud go on with the story..

kak lady, waalaikumsalam. salam perkenalan dari saya juga..at this stage i got back 60% of myself alhamdulillah..