Saturday, October 15, 2005

Part 4... thots & ponder

On my birthday nothing special. Aku tak rasa nak apa-apa dari H dan selama nie pun aku tak pernah minta apa-apa darinya..Kalau aku nak, beli sendiri.. Disaat dan ketika ini bukan lagi material boleh mengisi kekosongan hidup...Aku berdoa semuga Allah memberikan hidayah dan tunjukkan aku pada jalan kebahagiaan dan ketenangan dikala umurku menjangkau pendek...

Pertemuan dengan N malam semalam masih berlegar dikepala ku. Bagaikan mimpi yang datang dan pergi...juga mimpi yang tak mahu diundang. Walaupun aku cuba untuk treat N sebagai kawan biasa sama seperti kawan lelaki yang lain, masih ada sesuatu yang tak kena. Aku rasa N tak dapat menerima hakikat begitu mungkin juga hanya pada ketika itu. Aku admire his charming and gentleman character dan sikap yang berterus terang terhadap dirinya. Kadang2 aku terfikir betul kah itu character N yang sebenar. Segala tindak tanduk nya terhadap aku membuatkan aku buntu...Ataukah hanya aku seorang yang dilamun mimpi itu?? Aku tak pasti..

Forum di PD bermula Sunday night. H dan baby datang hantar aku ke hotel. Kami bertolak awal jadi kami boleh spend time bersama sebelum baby dihantar balik kampung. Baby sedih nah balik kampung. He wish to stay with me. Tapi siapa nak tengok kan dia bila aku sibuk berforum. H pun tak dapat cuti dan kena outstation jugak minggu tu. Dah dua minggu baby melekat dengan aku selepas operation. Aku pun sedih jugak nak berpisah walaupun hanya beberapa hari. Tapi apa boleh buat, kami terpaksa pujuk dia lagi 3 hari aku akan balik kampung jugak. Itulah dilemma career women yang selalu kena travel. Terpaksa main passing baton around bila maid tak ada.

Malam pertama pembukaan forum jumpa ramai kawan lama, international friends and experts yang aku dah kenal dan yang baru nak kenal, juga big shot yang semuanya masih ingat kat aku. Ingatkan dah lupa. Like out of sight out of mind. Semua tanya bila aku nak habis study dan balik for good. A lot of projects waiting for me. Soalan cepu emas..

Semasa dinner kami dihiburkan kumpulan Ghazal Melaka. Apa yang menarik bagiku ialah melihat mereka semua nie dah tua sangat. Kebanyakannya mungkin 50 plus. Kesian pulak aku tengok. Ada seornag pak cik tu yang terpaksa bertongkat dan jalan perlahan-lahan. Aku memerhati mereka semua dan dalam hatiku berkata agaknya dari muda sampai sekarang mereka terpaksa menyanyi dan main muzik mengikut talent masing2 untuk menampung hidup mereka. Aku terasa belas sangat tengok mereka sebab mereka nie nampak daif dari segi pakaian dan raut wajah. Aku pasti kalau mereka ada pilihan lain dah tentu mereka tak naik ke pentas lagi..lebih baik mengisi masa tua dengan mendekatkan diri dengan Allah atau bermain dengan cucu dirumah.. Timbul keinsafan dalam diriku...aku, keluarga juga emak dan ayah ku sangat beruntung kerana Allah mengkurniakan kemewahan di dunia ini untuk hidup lebih selesa dari mereka...

Aku duduk semeja dengan junior yang setengahnya newcomers yang belum pernah aku jumpa. They are the young generation in the company...semua kena pangil aku "kakak"..Aku bahagia dengan adik-adik muda nie sebab aku pun boleh rasa muda jugak. Sekali-sekala aku minggle around jumpa dengan senior dan kawan-kawan lain from different subsidiaries cerita pasal project dan recent changes in the company..

Pasal makan...macam-macam varieties of food yang aku tak dapat makan di perantauan. Di hujung canopy ada satu hut dipenuhkan dengan different types of durian untuk semua menjamah. Aku tak makan pun sebab baru baik demam. Tapi Mat Salleh, Prof. B, deputy principle university aku yang sama-sama menghadiri forum suka sangat dengan durian. Dia pandai pulak tu pulih sendiri yang mana sedap..Aku tengok muka dia merah menyala makan durian banyak sangat malam tu.

Aku jumpa Dr C dan kami berborak berlatar belakang lagu-lagu Ghazal. Dia malaysian chinese residing in Australia and an internationally well known expert in his area. Very humble and down to earth type of person. Aku agak dia dekat 50 years old. Dia ada menceritakan padaku tentang job offer yang dia dapat dari company. Dia terpaksa tolak sebab the offer came 2 two weeks selepas dia terima kerja lain walaupun dia sangat berharap untuk kerja dengan company aku. Apa yang interesting aku dengar dari dia ialah "inner peace of mind" is the utmost important for him to continue and make the best decision in his life. Salary always come to the second in the list. A very good principle..

Forum bermula keesokan hari. Another interesting conversation ialah dengan Mr. H, a very senior person in a company, Chinese and 53 years old. Dia menceritakan tentang dirinya apa yang dia regret but it is too late to turn back. Dia menasihati aku dan kawan ku to grap the opportunity that comes along while we are still young. He reminded us of 3 categories of people:
  • The ones that make things happen
  • The ones that watch things happen and
  • The ones that wonder what the hell is happening

Aku senyap saja semasa mendengar apa yang dia katakan. Yang best nya dia panggil aku "girl"...Dia ingat aku nie muda belia lagi kot. Dia katakan yang dia suka berbincang dengan ladies/women yang 30+ sebab these category of women have had most that they want in life, very stable dan banyak pengalaman hidup. The young one have the beauty but not yet gone thru experience in life. Dalam hati aku...ooo ye ka? Aku dengar saja apa yang dia nak cakap.

Bila aku menyampuk dan mengatakan padanya.."first you have to know what you want in life then plan for it. In my case I have to plan what I want to do, other wise I can't move". Dia mengiakan apa yang aku kata. Sepanjang perbualan kami, ada benda yang kami nampak similarity tentang character kami. Akhirnya aku suruh dia teka umur aku. Macam selalulah orang teka umur aku sekurang2 nya 10 tahun lebih muda...ada good and bad about it. Aku pun bagitau umur aku yang sebenar dan b'day aku 3 hari lepas. Dia terperanjat, lepas tu dia hulur tangan dia pada aku to shake hand. Aku pun terkejut badak jugak. He said to me " congratulation!!! we have a lot in common..I just had my b'day 2 days ago..." . Lepas tu dia kata "let's play game now. Do have paper?". Aku cakap nanti kita jumpa lagi sebab forum dah nak start.

Conversation kami sampai ke situ saja dan aku tak berjumpa dengan dia lagi selepas itu sebab kami dalam session yang berbeza. Tapi satu hari aku nak cari dia lagi to continue with whatever game that he has in mind. Tapi aku dapat agak it is about reading the mind. Aku rasa bertuah mendapat nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman dari aku melalui liku-liku hidup ini. Sekurang-kurangnya dapat menjadi panduan untuk diriku dan juga untuk aku share dengan orang lain.

Masa riadah petang, aku ajak kawan2 perempuan aku keluar jalan kat pantai depan resort. Semuanya tak nak keluar. Aku tak suka memerap dalam bilik sorang2 boring sangat. Lepas tu aku pun turun dan berjalan2 kat pantai membiarkan kakiku terbenam didalam pasir sambil memerhatikan keindahan alam yang Allah cipta. Alangkah cantiknya dan penuh kedamaian. Aku berjalan jauh sambil melayan perasaan ku. Apa yang aku lalui akhir-akhir ini berlegar-legar dalam kepalaku dan cuba menerima hakikat setiap yang terjadi mesti ada hikmah disebaliknya..

Selepas itu, aku diajak berkayak. Aku cakap aku tak pandai dan tak pernah berkayak. Salah seorang peserta forum mempelawakan aku untuk mengajar. Jadi aku dan dia pun berkayak selama lebih kurang 20 minute keluar pantai.

Social event masa dinner seperti biasa ada karaoke session. Kali ini aku rasa malas dah menyanyi. Dah lama tak berkaraoke dan lupa semua lagu yang aku biasa menyanyi. Disebabkan kawan-kawan mendesak juga beberapa senior manager asyik dok hint suruh naik, aku akhirnya bersetuju. Aku berduet dengan junior aku, Z, dan aku suruh dia pilih lagu. He has a very powerful voice. Muka dan badan macam Mahathir Lokman tapi lebih slim.

Kami berduet 2 lagu melayu..the first one aku tak tahu titlenya dan the second one, Belaian jiwa. Masa atas stage aku nak duduk kat chair sebab Z tu giant size contrast pulak dengan aku. Tapi Z bisik kat aku.."kak, lagu nie tak boleh duduk sebab dia rentak twist..." Aku pun terpaksa berdiri.. Apa lagi kami berdua pun kena twist lah..Aku buat muka selamba saja macam tak ada orang kat depan tu...Z kata kat aku..."alamak malunya kak.. semua orang tengok kat kita"... aku balas.."hentam ajelah Z...anggapkan ini macam exercise dan tak ade orang kat depan kita".

Lagu kedua, Belaian Jiwa by Carefree, aku memang familar. Masa aku form 2 dulu nyanyi kat hostel untuk meraikan kakak upper 6 yang nak meninggalkan sekolah. Aku masih ingat lagi, dramatic betul sebab semua orang menangis masa kat hall sekolah dulu. Berduet dengan Z aku pick up the high pitch part sesuai dengan suara aku. So aku pun dengan penuh tenaga keluarkan semua suara aku yang dah lama hybernate untuk menyampaikan lagu ni sebaik mungkin..

BELAIAN JIWA

Seindah tiada lagi kau ku ingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayat ku di dunia ini
Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Oh angin, sampaikan lagu ku padanya
yang sedih pilu
Terimalah lagu ku jadi teman hidup mu
Untuk selamanya
Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir
Menentukan ia
Oh belaian jiwa

Keesokan harinya, aku present paper. My part is done. Lega rasanya..Selepas lunch aku balik bilik dan bersiap sedia nak check out sebelum sambung forum session petang. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku rasa teringat sangat kat N, macam ada telepathy pulak. Aku masih dilemma samada aku patut call dia atau tidak. Aku cuba send sms to CS , tapi didn't get through. Finally aku decided call N dan tanya kalau dia free nak jumpa malam ni. Dia happy bila aku call..Terus dia cakap free malam ni..Aku mengharapkan dia kata tak free so aku tak perlu jumpa dia lagi.. Kami janji nak jumpa tempat yang sama malam tu..bersambung...

9 comments:

atn said...

everyting is deswcribed in detail, macam baru berlaku semalam huh. btw, whats bet you and H? tak nak citer tak pe. citer je apa yg yoy feel comfortable with

Kak Lady said...

anggerik...teruskan nanti cerita ya...ade yang buat kak lady tertanya2...kenapa anggerik rasa camtu pada H...& nak tau aper kesudahan u & N...hidup ni kadang banyak putar belitnya...kita yang terpaksa mencari cara menguraikannya...

anggerik merah said...

Atn,

yes, few months back. Meeting N & all these happened within 1 week, short but a lot of impact to me who was trapped in the day in & out routine student life and my lost world. Pasal me & H, don't want to talk about it now. Hope H tergerak hati to read this.

Kak lady,

I had erased most of the sweet memory abt this from my brain but CS really encouraged me to write about it, which is good so that I can really let it go forever...

Memang berbelit, dalam kepala lagilah berbelit..I knew all this while what caused & always try to solve but I m not able to do anything and I cannot live like this forever..I also want to be happy like others even if i have to live alone.

Should I go on with the story???

Ely said...

gurl, u need to publish this novel!

cant wait for the next episode

RojakBuah said...

kalau publish boleh laku wiee...bg tajuk best2 sikit...sure boleh lah...hheeee..

anggerik merah said...

ely & rojakbuah...publish novel??? betul jugak tu...tapi macamana ya?

atn said...

forgot to tell you Belaian Jiwa is my no. 1 all time favorite song :)

AuntieYan. said...

Aggerik, you really make Auntie pening!!....so banyak persoalan yang bersarang di kepala ni...just like Kak Lady..
You seems to have such an interesting life...tapi, apalah gamaknya yang merunsingkan hati tu...?
hemm...do I sound like a very busy-body makcik???

anggerik merah said...

Auntieyan, you are not at all busy body makcik... I really appreciate that you and others ask. As usual it is difficult for me to write. I am just exactly 1 month in this blogging world and virtual friends. So there is s'thing that I feel comfortable to write and also some keep to myself.

Sorrylah for making you fening!!! It is not my intention. For now, all sweet memories which make me awake I will write and those that I can't solve or still trying to solve will come in between I hope.

Whatever it is, this blogging world really help me a lot to have the right perspective on challenges that comes to me and also to release my inner thots. Kalau tidak I dok cakap dengan cermin aje. For the first time in my life I had open-up myself to the whole world to know..and I feel release..