Tuesday, October 11, 2005

Part 2.. pertemuan

Sampai rumah dari Madrid, aku buka email...terkejut yang kawan ku kat dalam company akhirnya dapat trace contact number N, house number dan jugak mobile.. Aku dah hampir lupa pasal tu...Yang mengejutkan, kawan aku kata "you are lucky girl to get his contact and now go and chase him" ...huh?? aku tak tahu apasal kawan aku cakap macam tu. Aku tak ada beritahu dia pun pasal N. Aku cuma cakap N is my long lost friend. Saja nak cari balik kawan lama.. anyway, friend do have good instinct jugak...

Sekarang aku berbelah bagi pulak...tak pasti nak call atau tidak. Akhirnya aku memberanikan diri hantar sms kat dia bertanya khabar, tapi aku tak bagitau siapa aku. Hingga esoknya tak ada reply..mungkin salah nombor atau dia tak tahu siapa yang hantar. Naluri hati aku mendesak untuk menalipon dia...menggigil aku rasa sebab aku tak tahu pasti kenapa aku mesti call dia. Akhirnya aku dapat bercakap dengan dia. Nada suara dia macam happy sangat dan dia beritahu aku yang dia teringat kat aku bulan lepas...aku cakap "oh ya!!... what a coincident". Tapi aku kata biasalah kalau ada orang ingat kat kita mesti kita dapat rasa walaupun jauh beribu batu.

Itulah gerak hati...sebagaimana yang diperkatakan oleh Dr Tuah the motivator. Kami bercerita panjang...mungkin lebih satu jam. N dah ada anak dua dan bekerja dengan company lain. Aku pun cerita jugak perkembangan aku kat sini. N kata kalau aku balik Msia nanti boleh jumpa dan cerita panjang. Aku cadangkan pada N untuk kenalkan family masing-masing...we can then be a family friend. Aku beritahu dia yang aku mungkin akan balik next month (July) untuk sebulan.

Seterusnya kami berhubung melalui email beberapa kali. Dia menyatakan bersyukur sangat dapat contact aku semula dan berasa beruntung kerana Allah telah temukan kami semula setelah 3 tahun lost contact dan lebih 10 tahun tak jumpa. Dia tak mahu hilang persahabatan ini lagi dan biarlah untuk selamanya. Dia masih berharap dapat jumpa aku bila aku balik nanti. Aku masih cadangkan kita boleh jumpa bersama-sama family. Tapi aku boleh rasakan yang dia tak comfortable dengan cadangan aku tu sebab dia tak nyatakan YES or NO...

Aku akhirnya jadi balik Msia pada awal July... tapi aku terasa berat hati nak balik diatas sebab2 peribadi...tak nak cerita pasal nie..Aku balik pun dengan sebab urusan kerja kat Msia...dan sebulan adalah masa yang paling lama aku berada di Msia sejak aku merantau. Selama 2 minggu aku dengan life aku sebagai ibu, student dan isteri kat rumah..macam-macam terjadi dalam dua minggu pertama ..yang gembira dan yang sedih semuanya bercampur aduk..dan juga satu persoalan yang tak pernah ada jawapan... yang aku tahu aku tak dapat merubah keadaan dan aku juga tersepit didalam mencari ketenangan dan kedamaian dalam jiwa ku. Aku pasti bukan harta benda dan kekayaan yang dapat mengisi kekosongan ini. Aku rasakan dugaan yang Allah berikan pada aku sangatlah berat untuk aku pikul dan aku tak tahu selama mana aku boleh bertahan lagi. Badan aku terasa sangat lemah untuk menghadapi dugaan Nya. Aku seperti jasad yang tak ada roh...dan mencari-cari tempat untuk bergantung...

Setelah semuanya aku lalui...akhirnya aku perlu mencurahkan isi hati ku supaya jasad ku ini hidup kembali. Aku tak ada pilihan lain lagi dan aku tak boleh bersendirian memendam rasa dalam kalbu...aku bertekad nak teruskan hidup ku... aku akhirnya menghubungi N..Tapi kenapa N??? Sebab aku rasakan dia dapat memahami aku kerana kami ada persamaan fikiran. Sekali lagi N gembira bila aku call dia dan kami janji nak jumpa Friday night berhampiran dengan rumah aku. Itulah pertemuan pertama setelah lebih 10 tahun yang lalu...Aku cadangkan dia mengajak kawannya yang aku kenal, tapi kata dia kawannya tak dapat ikut malam tu...

Aku tak tahu macamana nak react kalau aku jumpa dia sorang tapi aku akan buat selamba macam aku tak nervous nak jumpa dia. Pelik betul rasa macam nie...tak tahu nak menceritakan rasa macamana... mixed feeling ..happy, confused, tak tahu apa nak cakap dan semua rasa yang seangkatan dengan nya..Perasaan macam nie dah lama hilang dari diriku..semuanya telah lama diselubungi oleh kesedihan, frustration, lost, anger etc etc..Malam tu aku mengenakan baju putih cotton panjang dan seluar hitam yang aku beli kat KL beberapa hari lalu...Kalau kat perantauan nie aku selekeh habis dengan T-shirt dan faded jeans aku...student style.. tak ade nak melawa pakai macam kat Msia. Kadang-kadang rasa kekok jugak kalau dah lama tak pakai macam nie..

Malam tu aku pun drive ke tempat pertemuan kami...open space.. Masa aku tengah drive tu aku call N dan tanya macamana nak kenal dia sebab dah lebih 10 tahun tak jumpa...mungkin dia dah berubah..tapi kalau aku, masih sama jugak tak berubah dari segi size..muka dah nampak ada perubahan lah...

Aku: "N, I am on the way, lagi 2 minutes i sampai. But how do I recognise you?"

N: "AM, just follow your heart"

Spontaneously aku jawab,
Aku: "Oh nooooo...I am not good at it...". Aku baru perasaan aku tak pernah dengar orang cakap kat aku macam tuuuuu....confused!!!! Adrenalin poured out..

N: sambil tergelak kecil "then use your smell..."

Aku: " my smell lagi lah hancur because I had lost some part of the smell sensor...oklah N dah nak sampai nie..nanti I cuba cari you"

Aku dah kecut perut nak cari N yang mana satu...aku pusing satu stesen minyak tu kot-kot aku nampak orang yang menunggu aku... Tapi aku tak nampak pun manusia yang seangkatan dengan ku.. yang ada pun budak muda-muda remaja duduk kat sitting place sebelah stesen minyak. Aku lagi panic dan nervous breakdown.. Aku drive ke tempat gelap sikit dan park kat situ...aku tunggu dan tengok aje.. masih tak nampak bayang2. Lalu aku bawa kereta aku dan parking kat tempat cerah bersama barisan kereta yang lain. Aku dah terfikir mungkin dia duduk dalam kereta dan mengintip aku kot..dan aku fikir buat apa aku nak play hide and sick..buang masa aje...lagipun dah malam...

Aku keluar dari kereta aku dan rasa menggigil pulak malam yang panas kat Msia nie walaupun baju cotton yang aku pakai tu nipis saja. Menoleh kiri kanan tapi tak juga aku dapat kesan N. Lalu aku pun cuba call dia..bila aku baru nak cakap aku nampak ada sorang lelaki pakai T-shirt biru di hujung sana sambil melambai kat aku...ooo itu rupanya N..Aku pun mengatur langkah kearah dia dan dia juga berjalan ke arah aku... hati aku berdebar...apa aku nak cakap nie???

Aku sambut salam dia sambil cuba memberi senyuman.. Dari raut wajah nya ada lah perubahan sikit sebab dah 10 tahun tak jumpa..dia agak besar sikit dari dulu...tapi aku rasa pelik sikit sebab dia nampak serious, tak macam dalam phone yang aku bayangkan dia suka senyum. Aku tengok muka dia macam nak makan aku dan cuba nak baca minda aku, like trying to interpret my mind and what is my intention to see him...aku pun nervous jugak tapi aku tak tunjuk yang aku tak faham body language dia.

Yang peliknya diantara kami ada tiang yang memisah kan kami. Tapi kami tak endahkannya...kami masih berdiri dan bercakap. Dia tanya bila aku sampai Msia dan macam kecewa aje bunyinya sebab aku tak contact dia masa awal-awal lagi. Aku kata aku sibuk dengan urusan keluarga dan study. Lagipun ini saja masa yang aku free sebab this weekend aku dah nak pergi forum kat PD selama 3 hari. Lepas tu balik kampung, balik KL semula dan get ready to fly back..

Kami kemudian nya pergi duduk kat tempat cerah sikit dan bercerita lagi ..Aku beritahu N yang sekejap lagi aku nak pergi ambil my H kat LRT station dan join dia semula. Kami sempat berborak selama 10 minutes tapi masing2 dengan muka serious masih lagi at the stage of ice-breaking face to face.. Since dia dah serious aku pun terus jadi serious....tak berani nak melawak. Mobile phone aku berbunyi dan aku mintak diri sekejap ke LRT station. Dia suruh aku take my time not to rush..Aku hantar my H balik rumah dan keluar semula. Aku dah bagitau H sejak pagi lagi yang aku jumpa kawan malam nie. Dia pun bagi aku keluar.

Aku sampai semula kat tempat N menunggu. Lepas tu dia cadangkan aku ikut naik kereta dia pergi minum kat tempat lain sebab kat situ ramai orang and too crowded. Kami pergi kat satu restoran yang tak ramai orang dan duduk sambil minum. Kami bercerita isu-isu negara, politik, kerja juga kawan-kawan lama. Dia ada jugak open up about himself, pasal family dan juga pasal plan dia untuk masa depan..aku terus mendengar cerita dia dengan tekun tanpa banyak bercakap.

Sesekali ada juga terkeluar dari mulutnya menceritakan isi hatinya.. antaranya dia perlu sayangkan diri dia dulu baru dia boleh sayangkan orang lain dan dia banyak berkorban dirinya untuk orang lain hingga terlupa diri dia sendiri. Hmm sound familiar. Dalam hati, aku bercakap sorang2 ...kita masih ada persamaan. Aku tak banyak bercerita pasal diri aku. Jam ditangan dah masuk midnite and another new day..23 July... dah hampir lebih 3 jam kami berborak sampai tak sedar masa berlalu...it was time to go back. Dia tanya aku bila kita nak jumpa lagi..aku cakap 10 tahun lagilah. Lagipun lepas nie aku sibuk. Hari ini b'day aku dan aku ada plan dengan family. N terkejut bila aku cakap b'day aku dan dia tengok jam...dah pukul 12 lebih...

N: "I cannot believe at this hour we are celebrating your b'day, kenapa you tak bagitau I awal-awal"

Aku senyum ajelah....

N: " AM, please tell me what do you want for your b'day?? Just tell me whatever you want..."

Aku: " Ehh.. I tak nak apa-apa, dapat jumpa you secara kebetulan on my b'day pun dah cukup"

N:" Please seriously, I must give you something for your b'day..."

Aku: " Nooooo, I dah cakap I tak nak apa-apa pun...and you don't have too.."

Dia nampak macam terkilan. Aku pun rasa bersalah sebab terberitahu dia yang hari ini b'day aku.

N:" Ok AM... apa kata kalau I bawak you pergi jalan-jalan kat KL to see nite life in KL as your b'day present"

Aku confused and don't know what to say...few times he insisted, so aku kata " Oklah...tapi I nak menyusahkan you...."

Dia pun bawak aku for KL nite life.... bersambung...

5 comments:

Ely said...

hello, got here fm sentraal station.

very interesting story (mcm baca novel), i will be waiting for part II.

Queen Of The House said...

AM ..... kisah ni macam suka bercampur duka. I too will be waiting for the continuation.

aNIe said...

Aggerik...tak sabar nak dgr cerita seterusnya...

Anonymous said...

See, I told you. So many people want to know the end of your story.There is always something to be learnt from one's experience, kan..

CS

anggerik merah said...

ely, QOTH, kaka lady, CS....ok I will continue the story...ingatkan nak abundant aje sebab banyak dah kena forced erase from memory..