N membawa aku menaiki keretanya untuk melihat 'happening' di KL...Dalam perjalanan tu kami tak banyak cakap...
Tiba-tiba terkeluar dari mulutku nak cerita sikit apa yang terbuku dalam hati aku sebab aku tak berpeluang masa minum tadi...
Aku: " N, I tak faham lah dengan lelaki zaman sekarang nie...mentang-mentang wife berkerja dan financially independent, lelaki selalu take advantage dan lupa tanggungjawab mereka. Kalau macam tu buat apa kahwin....lebih baik hidup sendiri" kataku dengan nada yang agak keras..
N diam membisu seketika dan agak terkejut mendengar apa yang aku katakan tadi. Sunyi sepi sekejap dalam kereta tu. Lepas tu N menyahut.. " betul yang u cakap tu AM, banyak kes macam tu berlaku, tapi bagi I yang pentingnya pasangan mesti berbincang bersama2 untuk membuat sesuatu keputusan..." Aku diam mendengar penjelasan N. Bagi aku memang lah aku tahu apa yang sepatutnya dilakukan dan dah cuba lakukan. Tapi banyak komunikasi yang terbengkalai di tengah jalan dan tak ada jalan penyelesaiannya.
N masih menceritakan pasal plan dia dan isterinya untuk keluarga mereka. Aku dengar dan kadang kala menyampuk "memang betul cara you tu. I have done the same thing but it never materialise". Selepas tu aku tak mahu lagi cakap selebih nya pada N sebab aku masih tak rasa selesa menceritakn pada dia. Tapi apa yang aku pasti adalah segala apa cara yang dia lakukan untuk menyelesaikan masaalah dia ada banyak persamaan pada diriku. Sekarang baru lah aku faham kenapa kami di pertemukan sekali lagi oleh Nya...
Aku dibawa melalui highway yang merentas sungai.. aku dah tak ingat apa nama highway nie... Lepas tu ke jalan Sultan Ismail. Keadaan sangat sibuk di ketika itu dengan jalan penuh sesak. Dah lama aku tak tengok that part of KL, memang ramai sekali mereka-mereka yang mencari kebahagiaan dan ketenangan serta keseronokan dengan cara begitu..Itu ada lah cara mereka...Kadang-kadang aku rasakan suasananya macam kat negara lain pulak. Ianya seolah-olah macam aku berada di Thailand atau negara-negara lain ynag pernah ku lawati.. Tapi realitinya aku di Malaysia..
Dalam kereta kami sibuk memerhati gelagat mereka yang diluar sana. Kami banyak diam dari bercakap berbandingkan masa kami minum kat restoran tadi.... Sesekali aku perhatikan yang N asyik dok tengok dekat aku dengan penuh tanda persoalan sambil membawa keretanya perlahan-lahan didalam kesibukan malam itu. Kadang-kadang kereta terus berhenti lama disebabkan traffic light. Aku tak berani nak cakap apa-apa...
N: " AM, actually I was thinking of taking you to the that place" sambil tunjukkan pada aku.." boleh jugak kita jumpa ramai artis kat situ..."
AM: "I heard from radio Criss Dayanti ada buat show kat sini. I like her voice. She's really a good singer and I love to see her perform. Tapi my H tak dapat ticket sebab it is limited."
N: " Criss sekarang nampak lebih kurus berbanding dulu".. Hmmm rupanya dia pun minat Criss jugak ke..
Aku:" Iya ke N, I tak perasan sangat lah.. tapi memanglah semua artis dan yang bukan artis pun nak nampak lebih kurus, muda dan cantik walaupun umur dah meningkat. "
Diam membisu seketika..
N:" Pelik kan AM, walaupun kita dah terpisah lama...tapi kita masih lagi dapat jumpa...kenapa agaknya ya...." Aku nampak muka N macam berkerut-kerut dan mengharapkan aku berkata sesuatu...
Tiba -tiba aku rasa seram sejuk dan aku tak nak jawap pertanyaan tu sebab aku pun confused dan tak nak fikir apa-apa..Aku cepat-cepat ubah topic ..
Aku: " N, I was in this hotel when the Sept 11 incident happened. A group of us were having 5 day course and during lunch time we saw the news from huge TV sreen. It was a big shock to everyone. So happened the course instructor is an American".. N dengar cerita aku about that day..and we discussed a bit on the incident.
N:" AM, tengok lah tu...macamana perempuan2 kat sini pakai baju...tinggal tak terlanjang aje..."..
Aku gelak saja dengar comment N.... Aku kata rasa macam kita nie kat Phuket Island aje...
Macam-macam lah gelagat manusia yang kami lihat disepanjang perjalanan itu... Jam dah hampir 2 pagi...cepat masa berlalu... N pun memandu keretanya menghala balik..
Aku: "You still keep your BMW you used 10 years ago?"
N nampak terkejut bila aku tanya.
N: "You masih ingat???....wow...you have a good memory AM..."
Aku: " Ya...I masih ingat lagi...".
N: "Ada lagi. My father pakai."
N memandu kereta balik ke highway. KLCC is in the background dengan cahaya lampu berkilauan menyinari pagi ..
N:" AM you rasa sejuk ke, I boleh slow down the aircond..."
Aku:" Tak sejuk pun..biasa saja.. tapi kalau you sejuk tak apalah..." Baru aku perasan kenapa N tanya aku sebab dia nampak aku menggosok kedua-dua lengan aku seperti kesejukan...aku pun tak perasan apa yang aku buat..
N:" I tak tahu lah since I balik from Sarawak I rasa tak sedap badan, macam nak demam. Seram sejuk. Dah lama tak rasa macam nie..tak tahu pulak apa kena..dan tak tahu macamana nak react bila rasa macam ni"
Aku: " You must be careful takut nanti kena denggi pulak..."
N:" I dah kena denggi dah baru-baru nie...". N terus ceritakan pasal experience demam denggi dia. Aku pun bagitau yang aku pernah kena dulu...teruk sangat. Orang ingat aku dah nak mati..
N:' Kenapa you tak bagitau I, kalau tak I boleh visit you...."
Aku: " Manalah I tahu you kat mana ...lagi pun I tak ingat samada kita dah kenal ke belum masa tu..."
Selebihnya aku dah lupa perbualan kami...sehingga kami sampai ke stesen minyak ditempat kami mula jumpa tadi..
Aku: " Hey N, thanks a lot for taking me around KL to see the nite life. I really appreciate it."
N:" Bila kita nak jumpa lagiii..." dia merenung kat aku... Aku tak nak tengok muka dia ..
Sambil gelak kecil, aku berkata " 10 tahun lagi....ok.."
N:" Alamak lama nye..."
Aku:" N, I have something to give you...it is in my car."
Aku dan N keluar dari kereta dan aku buka pintu kereta aku.
Aku:" N this is for you...since you told me the other day that you are a golfer so I thot that this will be useful to you."
N:" AM, thanks so much!!!!...I malu sebab I tak bagi apa-apa kat u...nie mesti mahal you beli kat sana, I really like it. Boleh lah I pakai main golf nanti"
Aku:" Don't say that lahhh my friend... One of the reason I nak jumpa you is to pass this to you..kalau tak jumpa you then this will be milik orang lain..." Ooopppp apa aku cakap nie? Milik orang lain??? That is my spontaneous reaction..
N tengok kat aku bila aku cakap macam tu...aku mengelabah jugak.. aku salah cakap ke?
Dia tengok kat aku dan dengan suara perlahan berkata " AM you look much better kalau you put on weight sikit. Nampak you nie kurus sangat lah...what happen to you?"
Aku tak tahu apa nak jawap. Aku kata kalau aku banyak fikir aku lupa makan. Sebab tu lah aku kurus. Itulah alasan aku pada N..
Aku: " N, I pun hampir tak kenal you tadi. Kalau you tak lambai kat I memang I masih mencari-cari mana satu..."
N tergelak bila aku cakap macam tu pada dia. Sambil keluarkan IC dari pursenya dia berkata " I think this is the person that you are looking for dalam IC nie which was 10 years ago.."
Aku: " Ye lah N...ada sikit lain kan???". Kami terus tergelak kecil..
Aku pun mintak diri untuk balik dulu sebab dah lewat sangat. N kept on saying "AM, next year bila you dah habis dan balik Msia contact I and don't forget to email to me ok". Aku hanya senyum pada N. Aku pun terus masuk kereta dan menghidupkan enjin kereta ku. Aku tahu N memperhatikan aku dari dalam keretanya. Then we say good bye to each other. N masih memerhatikan aku mengundur keluar kereta ku dan aku terus megusur pergi tinggalkan N....
Ku sangkakan ini pertemuan dan perpisahan sehingga 10 tahun lagi...tapi rupanya perpisahan seketika.. bersambung..
Thursday, October 13, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
rojakbuah...ok I will continue the novel!! Enjoy yrself in Tehran OK!...
yes i love it! bukan senang nak baca novel melayu kat US nih!
write more write more!
aik komen tadi tak kuwar? why ah?
earlier, i said, cepat sambung....suspen gilerrr :)
Anggerik bila nak sambung...buat suspen je...tapi tentu seronokkan dapat jumpa kawan lama yang dah lama sgt tak jumpa...& lebih2 lagi kalau kawan tu is a bit special tu us....
Post a Comment